Adakah Chelsea Boleh Menang EPL?

Buat peminat bola, pastinya banyak yang sedang perkatakan tentang sengitnya kejuaraan Liga Perdana Inggeris ketika ini. Dengan kemasukan ramai bintang bola sepak seperti Cristiano Ronaldo, dan Romelu Lukaku, perlawanan liga ini menjadi semakin menarik.

Ramai yang menjangkakan kelab gergasi empat teratas, iaitu Man City, Man United, Chelsea dan Liverpool menjadi bualan hangat ketika ini. Chelsea menjadi taruhan utama kerana baru sahaja memenangi piala kejuaraan Eropah pada musim lepas. Chelsea adalah sebuah pasukan yang lengkap dari pelbagai sudut. Dengan kewujudan pengurus baru iaitu, Thomas Tuchel, semuanya menjadi satu pasukan yang mantap dengan kemenangan berterusan dari pasukan ini. Berikut adalah kenapa Chelsea menjadi ‘favourite’ untuk memenangi kejuaraan musim ini.

Kelebihan Kepada Taktikal Yang Berkesan

Photo by Tima Miroshnichenko from Pexels

Kalau anda peminat bola sepak, pastinya taktikal menjadi topik perbualan sebelum mulanya permainan. Taktikal untuk bermain bola sepak adalah sangat teknikal, dan ianya dipengaruhi oleh banyak perkara.

Chelsea memiliki barisan pertahanan yang berpengalaman dan muda. Aziplicueta dan Thiago Silva mempunyai pengalaman yang luas dan digandingkan dengan pemain muda seperti Chalobah dan Christensen. 

Gandingan ini menjadi mentor dan mentee yang hebat hingga pihak lawan jarang bolosi barisan pertahanan pasukan ini. Seterusnya, barisan pemain lain seperti pemain simpanan juga mencapai tahap seperti pemain utama dalam pasukan ini.

Dengan daya pemikiran pengurus yang bijak, pasukan ini telah berjaya mengikat perlawanan dengan Liverpool dan menang dengan perlawanan lain dengan pasukan gergasi lain.

Motivasi Pemain Yang Tinggi

Photo by RODNAE Productions from Pexels

Chelsea mempunyai motivasi pemain yang tinggi kerana baru sahaja memenangi kejuaraan Eropah musim lalu. Kejayaan ini telah mendorong motivasi para pemain yang tinggi. 

Kejayaan berterusan dan konsisten menjadikan kegagahan pasukan sebagai pasukan nombor satu di Eropah setakat ini. Dijangka motivasi ini berterusan kerana tahap kekuatan pasukan ini berada di landasan yang terbaik.

Kerjasama Yang Baik Dalam Pasukan

Photo by fauxels from Pexels

Pasukan Chelsea tidak mempunyai Ronaldo ataupun Messi sebagai tonggak utama dalam pasukan. Sebaliknya, ketiadaan Romelu Lukaku dan Timo Werner pada perlawanan lepas telah menjaringkan 7 berbalas 0 dengan pasukan Norwich City.

Ini membuktikan pasukan ini mempunyai kerjasama yang kuat antara satu sama lain, dan mereka dilihat seronok bermain bola di atas padang. Dalam sukan, kerjasama adalah sangat penting dalam memenangi suatu perlawanan.

Persefahaman Yang Baik Dengan Pemilik Kelab

Photo by RODNAE Productions from Pexels

Pemilik kelab Chelsea, Roman Abramovich adalah seorang jutawan yang sentiasa mengejar kemenangan untuk kelabnya. Berjuta dollar telah dihabiskan hanya untuk menaikkan kelab ini ke tahap yang terbaik sekarang.

Biarpun ramai pengurus telah bersilih ganti sepanjang 18 tahun menerajui kelab gergasi Inggeris, itu tidak mematahkan semangatnya untuk menyokong kelab ini. Penyuntikan kewangan yang baik dalam belian pemain adalah bijak.

Selain itu, kelab ini juga telah melahirkan pemain akademi yang bertaraf dunia. Lebih 30% dari kesebelasan utama Chelsea adalah dari kelahiran akademi Cobham. Ianya adalah angka yang sangat bagus, biarpun mengambil masa yang lama untuk memajukan akademi kelab ini.

Tidak kira pasukan mana yang boleh memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris ini, namun kita tak boleh terlalu taksub dengan bola sepak. Kita lihat ada juga di luar negara yang sanggup bergaduh akibat ketaksuban peminat bola sepak.

Di Malaysia, masih lagi terkawal dan biarlah kita menjadi peminat kepada kelab masing-masing. Kekalkan silaturrahim sesama kita dan kita hayati sukan kita dengan berhemah.


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Abdul Muhaimin
Author: Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing