BTS x Louis Vuitton Fashion Show 2021

Saya berpeluang menonton fashion show Louis Vuitton secara maya bersama kumpulan BTS. Louis Vuitton tampilkan kumpulan terkenal K-POP Korea dengan koleksi musim luruh dan sejuk 2021. Teruja betul saya menontonya dengan anak. Hehe…

Sabar menunggu fashion show Louis Vuitton streaming live dari Seoul, Korea pada 7 Julai 2021.

Credit : Louis Vuitton


Tema pentas peragaan ini Hope. Mungkin tercetusnya idea dari nama pentas salah seorang ahli kumpulan BTS, J-Hope. 

Credit : Louis Vuitton


Peragaan dimulakan dengan ahli kumpulan BTS iaitu Jimin. Bagi saya fashion Jimin ni sesuai diperagakan untuk Jimin. Dengan suit warna putih kelabu ada tompokan hitam dan cermin mata ni nampak bergaya betul. Sesuai dengan Jimin la bagi saya.  

Credit : Louis Vuitton


Kemudian datang pula ketua kumpulan K-POP ini iaitu RM. Bagi saya, tak berkenan pulak tengok RM pakai kot hitam dan dipadankan dengan topi hitam tu. Kalau tengok cerita Goblin mesti tahu macam apa 😅. Macam sesuai majlis berkabung tapi Louis Vuitton tetap nak nampakkan RM ni stylish, ada la butang berbentuk kapal terbang warna putih. Eh butang ke kerongsang?. 


Pentas peragaan ini memang unik di zaman pandemik. Tiada orang menonton kat stage dan model berjalan catwalk di atas pentas dengan lensa dihalakan kepada model. Apa yang ditampilkan oleh Louis Vuitton pada kali ini memang unik dan menarik. Anggota kumpulan BTS ajer yang berjalan manakala yang lain tu bagai patung. Kalau jalan pun sikit je. Lepas tu jalan pun macam keras semacam. Konsep la kot. 

Credit : Louis Vuitton


Close up briefcase yang RM bawa. Warna silver metallic dengan embossed corak LV. Lain dari kebiasaan yang selalunya berwarna perang dan hitam. Siapa yang bawa ada kelasnya tersendiri. 

Credit : Louis Vuitton


Suga pula bagi saya fesyen kot agak biasa macam kot lain tu berwarna hitam tapi rasanya nak highlight kasut Suga dan beg yang dipakai oleh Suga. 

Credit : Louis Vuitton


Inilah kasut yang dipakai oleh Suga. Nampak macam kasut biasa je tapi yang buat mahal ialah embossed lambang Louis Vuitton pada kasut. Kalau jalan pakai kasut ni, pastikan bawak beg uncang simpan kasut ye. Time nak solat tu haruslah letak dalam beg uncang. 

Credit : Louis Vuitton


Ni pulak beg hijau yang dipakai oleh Suga. Sling dia kemain lebar ya. Ada tulisan “At the same place at the same time”. Konsep sling lebar ni saya rasa macam trend jugak sebab beg jenama Balenciaga, Aigner, Marc Jacob pun ada beg yang ber’sling’ lebar. Lelaki yang berani boleh la pakai sling bag berwarna hijau pucuk pisang ni haa….eh jap yang kapal terbang tu macam bukan butang…..macam kerongsang pun ada. Kot la kat Korea ada kerongsang trend terkini pulak…haaa siapa tu pakai kerongsang Korea…say I? ✌

Credit : Louis Vuitton

Baju J-Hope ni sekali tengok macam baju batik. Dua kali tengok ada lambang Louis Vuitton. J-Hope bawak beg kecil warna silver metallic Louis Vuitton macam ala-ala kita bawak beg kecil nak pergi dinner. Saya rasa kalau beg ni lelaki yang pakai maybe sesuai juga untuk lelaki walaupun saya berpendapat lebih sesuai kalau perempuan yang menggayakannya. Baju tu pun bagi saya dah extravagant dah. Tak perlu aksesori yang berlebihan. 

Credit : Louis Vuitton


Sesuai sangat fesyen ni untuk Taehyung. Nampak smart sangat. Kot hitam labuh dipadankan seluar bercorak kotak-kotak yang tak terang coraknya. Bawak pulak bekas air Louis Vuitton. Agak-agak berapalah harga bekas air tu ya? Suitcase yang Taehyung bawak pun nampak smart warna dia warna sesuai lelaki. Idaklah yang berwarna metallic. 

Credit : Louis Vuitton


Inilah close up bekas air yang saya maksudkan. Nampak banyak juga air boleh isi tu. 

Credit : Louis Vuitton


Jungkook pula hanya naik lif ini sahaja dengan kamera hala pada satu arah. Mungkin nak cover tempat Jungkook tindik kat atas kening. Jadinya ada rambut dilepaskan di bahagian tindik itu dan shot pula hanya senget macam ni. Saya rasa sebab konsep Louis Vuitton ni macam clean jadi tindik2 takde la ditonjolkan. Apa yang saya perasan ahli kumpulan BTS ni yang pakai subang, hanya 1 je mereka pakai atau tak pakai langsung. Selalunya mereka pakai banyak subang juga satu telinga tu. Bila time Jungkook ni naik lif hanya focus kat setiap tingkat tu model-model dengan peragaan baju dan aksesori masing-masing. 

Credit : Louis Vuitton


Baju yang dipakai Jin ni dengan corak berkotak. Macam fesyen Korea juga bagi saya. Dipadankan dengan beg Louis Vuitton warna hijau pucuk pisang. Kalau warna beg tu gelap sikit ok la kot bagi saya. Mungkin konsep ni color block kot. 

Credit : Louis Vuitton


Close up kot Jin. Nice juga bagi saya. Sesuai dengan Jin. 

Credit : Louis Vuitton


Belon tema peragaan ini “Hope” berlegar-legar dalam video ni. 

Credit : Louis Vuitton


Ni dia pentas peragaan zaman pandemik, tinggi sangat. Macam ala-ala bangunan yang baru nak bina yang ada pekerja-pekerja kontrak tetapi kali ini hanya ada model-model di setiap tingkat. Kalau gayat memang tak la kan. 😅 Nampak unik je pentas peragaan kali ini dengan prop macam ni dan diiringi oleh lagu futuristik dan sistem pencahayaan yang menarik. Teruja juga dengan hasilnya. Superb I would say!

Credit : Louis Vuitton

Menarik tak pertunjukan fesyen BTS ni? Bagi peminat kumpulan K-Pop BTS pasti teruja melihat penyanyi kesayangan mereka beraksi di pentas peragaan. Jadi fesyen siapa yang paling smart diantara Jimin, RM, Suga, J-Hope, Taehyung, Jungkook, atau Jin?

XOXO,
Ezna


Ezna Ahmad Khalili adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Ezna Ahmad Khalili
Author: Ezna Ahmad Khalili

Seorang ibu dengan seorang anak yang suka menulis dan melihat dunia baru.