Cara betul untuk menikmati hujan dan kesannya pada tubuh manusia


Gambar oleh Sitthan Kutty

Kebiasaan manusia, apabila hujan pasti akan bertempiaran lari mencari teduhan agar tidak basah disiram hujan. Namun, di sebalik hujan yang turun itu, ada rahmat yang Allah kurniakan kepada manusia dan bumi. Ini kerana dengan air hujan itu juga bumi subur dan manusia boleh menikmati suasana sejuk setelah berpanasan di kala matahari terik. 

Menurut satu kisah jenaka tentang seorang pujangga yang hidup di zaman Khalifah Harun Al-Rasyid, bernama Abu Nawas bersama seorang raja. Dalam satu perjalanan, mereka menuju ke satu kawasan, baginda raja menyuruh Abu Nawas segera menunggang kuda dengan lajunya untuk mengelakkan dibasahi hujan. Namun, apabila hujan turun, hairannya baju Abu Nawas tetap tidak basah padahal Abu Nawas tiada bersama mereka di tempat teduhan. Manakala mereka di tempat teduhan itu, tetap juga basah. Maka, dengan hairannya baginda raja pun bertanya pada Abu Nawas, apakah rahsia untuk tidak basah ketika hujan? Jawab Abu Nawas, “Mudah saja Tuanku. Aku tidak melarikan diri daripada hujan hujan bahkan aku segera membuka pakaianku dan mendudukinya sehingga hujan berhenti.” 

Baginda Raja mengakui kecerdikan Abu Nawas yang mengenakannya dengan lawak jenaka yang bernas. 

Tahukah anda bahawa mandi hujan itu adalah satu terapi dalam Islam? Mandi hujan itu boleh mendatangkan aura positif kepada manusia serta menghilangkan segala jenis penyakit dan gangguan jin dalam tubuh seseorang. Ini cara betul untuk mandi hujan:

  1. Niatkan mandi hujan itu adalah untuk membuang segala jenis penyakit dan gangguan. 
  2. Jika di kampung, seeloknya tunggu sehingga 10 minit selepas hujan turut. 
  3. Jika di bandar, seeloknya tunggu sehingga 15-20 minit selepas hujan turun.  
  4. Pastikan hujan yang turun itu lebat bukannya gerimis. 
  5. Mandi air hujan terus dari langit bukannya di bawah bumbung rumah atau pokok. 
  6. Sambil diiringi dengan bacaan asas seperti Al-fatihah dan ayatul kursi. Bonus jika tahu bacaan Ruqyah sebagai metod untuk membuang gangguan jin. 


Gambar oleh Matthias Zomer di Pexels

Mandi hujan bukan saja bagus untuk dewasa bahkan juga untuk kanak-kanak seawal usia 2 tahun. Hal ini telah dibuktikan secara ilmiahnya kesan daripada mandi hujan untuk sesuai dianggap sebagai terap dan ini sebabnya: 

  • Belajar koordinasi 

Ketika hujan, anak-anak melompat girang dan menyimbangi badan serta melakukan pelbagai pengerakan. Dalam perkara yang nampak biasa sahaja ini, sebenarnya tubuh anak-anak menerima dan memberikan satu kesan positif daripada air hujan tadi.

  • Belajar dari segi deria 

Tatkala mandi hujan juga, anak-anak belajar daripada segi deria seperti merasakan air hujan turun, bau hujan dan sebagainya. Secara tidak langsung boleh menajamkan deria mereka. 

  • Baik untuk emosi dan mental

Hal ini tidak dinafikan walaupun tiada kajian saintifik mengatakan bahkan ketika mandi hujan ini ramai yang berpendapat ia memberi perasaan gembira dan hilang segala penat lelah seperti gugurnya air hujan itu. Walaupun begitu, ramai juga mengatakan bahawa sekiranya anak-anak menghadapi hyper-aktif, dyslexia dan sebagainya, mandi hujan ini sesuai untuk mereka. 

  • Bersih dari segala jenis penyakit dan gangguan jin

Apabila mandi hujan, adalah bagusnya dengan niat sekali untuk membersihkan diri daripada segala penyakit dan gangguan. In shaa Allah dengan izin Allah kita akan merasa lebih ringan dan lebih tenang selepas mandi hujan tadi. Sekiranya badan berasa sakit selepas mandi hujan dan seperti mahu muntah, keluarkan sahaja kerana dikatakan gangguan makhluk ghaib ini mahu keluar. 


Gambar oleh Danny di Pexels

Hebatnya kuasa Allah dalam hujan juga mempunyai nikmat dan rahmat yang tersembunyi untuk semua manusia. Selain daripada membasahi dan menyuburi tanah, 1001 kebaikan air hujan yang harus setiap kita tahu dan menikmatinya tanpa rasa ragu. Apa saja yang Allah kurniakan kepada kita, ada kebaikan dan keburukannya.


Aienienka adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Aienienka
Author: Aienienka

A mother of three kids love to sharing everything that she knows.