Penafian: Artikel berikut merupakan pengalaman peribadi penulis dan tidak berniat untuk mempromosikan sebarang ubatan. Sila dapatkan nasihat dan bantuan dari professional jika diperlukan.

24/08/2018
Period saya seperti biasa datang tepat pada masanya. 
Saya mula makan Clomid sebelum tidur pada hari ke-3 period.
Pastikan perut tidak kosong dan dimakan selepas makan.

Setakat ini tiada kesan sampingan. Cuma kadang kala pening kepala sebentar sahaja.

Saya juga telah menghubungi Klinik Hamid Arshat untuk memeriksa telur selepas habis makan pil Clomid. 
Janji temu seterusnya adalah pada hari ke-15 cycle.

30/08/2018
Hari ke-4 makan Clomid. 
Hari ke-2 badan mulai panas, hot flashes semasa tidur sehingga berpeluh dan pening. 
Tekak juga loya setiap kali menaiki kereta. Itu antaran alahan saya pada ubat Clomid ni.

07/09/2018
Scan TVS doktor memberitahu bahawa saiz telur saya kebanyakannya bersaiz kecil.

Dia kemudiannya menambahkan dos Clomid supaya saya boleh mula makan Clomid pada hari ke-3 datang haid sekiranya datang haid secara tiba-tiba. Saya pun menelefon klinik untuk membuat janji temu seterusnya.

Dokor juga memberikan pil Duphaston untuk mematangkan telur, mula makan dari CD20. 

JUMLAH PEMBAYARAN : RM194.00

24/09/2018
Mula makan Clomid 60mg untuk cycle ke-2 pada CD03. 
Sama juga caranya, cuma dos bertambah 1 biji. 

Clomid cycle terakhir tak berjaya. Doctor memberitahu telur kecil sahaja ketika TVS Scan dibuat. 

Saya sudah menghubungi Klinik Hamid Arshat untuk janji temu seterusnya pada 05/10/2018, iaitu CD14. Doakan saya ada berita baik nanti. 

CD20 baru mula makan Duphaston untuk matangkan telur. Boleh rujuk gambar di bawah:

Buah Zuriat

Ketika pergi Pasar Tani Stadium Shah Alam dengan suami, kami terjumpa kedai ini yang menjual uncang Buah Zuriat.
Suami pula beli uncang Tongkat Ali. Harganya RM39.

Tapi selepas 4 hari minum buah zuriat ini, saya rasa miss V kering walaupun saya dalam tempoh hari subur. Hari ini pula dijangka hari ovulasi, tetapi tiada langsung tanda-tanda egg white mucus.

Mula Norcolut

Esok follow up janji temu di Klinik Hamid Arshad selepas kolek Clomid.
Rasa berdebar-debar ingin tahu keputusan selepas scan nanti.

05/10/2018
Hari ni janji temu ke-4 kat Klinik Hamid Arshat untuk buat TVS untuk memeriksa ada berapa banyak telur yang matang selepas cycle ke-2 pada Clomid. Sebenarnya berapa hari sebelum periksa TVS ini, saya sudah rasa mood swing. Sebab bulan ini langsung tiada egg white yang ada ovulasi. 

Tapi apa yang mengejutkan ialah selepas scan, doctor kata kiri dan kanan ada telur. Kanan sudah pecah dan kiri ada 2 telur yang besar. Doktor kata ini bermaksud tengah subur. Jadi, nanti balik cuba bersama lagi sebab masa tu CD15 masih lagi dalam fertiliy window.

Saya rasa gembira sangat, sebab sebelum ini saya fikir sudah tiada harapan.
Doktor pun ada beritahu tidak semestinya tidak ovulate kalau tiada lendiran egg white.

Tapi tidak pasti ini hasil dari mengamalkan Clomid atau pun Buah Zuriat.

Doktor beri lagi Clomid untuk cuba untuk cycle ke-3 kalau period. Tapi doktor juga memberikan Norcolut (dwi fungsi: untuk kuatkan rahim sekiranya hamil, tetapi jika tidak hamil ia akan menurunkan darah period).

Clomid untuk cycle ke-3 – Makan 4 biji sekali sehari
Norcolut – Makan 1 biji 2 kali sehari


Asid Folic ini memang saya hari-hari makan sejak dari awal kahwin
Bil kali ini RM127.00

Nota:
Norcolut itu doktor suruh makan pada CD15 untuk kuatkan rahim.

Sekarang ini, saya ada simptom senak perut di sebelah kanan. 
Tempat yang sama juga berdenyut dan kadang-kala seperti tertusuk. Simptom ini terjadi pada CD15 dan CD16.

BBT pagi tadi 36.9’C.. harap-harap ada berita baik dalam bulan ini.
Aminn…


Shushe adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Shushe
Author: Shushe

Love yourself, first.