Kurma: Buah ajaib kaya dengan kebaikan

Gambar oleh Riki Risnandar di Pexels

Kurma merupakan buah popular di serantau dunia terutama sekali di negara Timur Tengah. Rasa buah kurma bergantung dengan jenis serta kematangan pertumbuhannya. Di Malaysia, pengamalan kurma lebih kelihatan ketika bulan puasa kerana Nabi Muhammad SAW mengamalkan pengambilan buah kurma ketika berpuasa.

Tahukah anda kurma juga baik diambil bila-bila masa saja? Ini kerana buah kurma ini sangat banyak manfaatnya pada tubuh badan manusia. Antara kebaikan buah kurma adalah seperti-

  • Membuatkan kita bertenaga

Sebiji kurma yang sangat kecil itu mempunyai kuasa ajaib dengan mengandungi pelbagai kandungan nutrien yang tinggi seperti gula, serat , kalsium, dan vitamin lain. 

Selain daripada itu, kurma juga tinggi kandungan gulanya seperti glukosa, fructose, dan sucrose yang mampu memberikan kita tenaga segera, dalam erti kata lain ‘power bar’ yang sangat ajaib untuk kita. 

  • Mengubati usus dan sembelit 

Oleh kerana buah kurma ini kaya dengan serat dan vitamin, ianya sangat bagus untuk sistem penghadaman seorang manusia dan sangat membantu kita dalam menghindari masalah sembelit. 

  • Penguat memori

Ramai yang menganggap bahawa kismis sahaja mampu menjadi penguat minda kita. Nah, kurma juga tidak kurang hebatnya dalam membantu kita menghubungkan sel-sel otak kita. Ia sangat bagus diberikan kepada kanak-kanak ketika mereka sedang membesar.

Gambar oleh Naim Benjelloun di Pexels
  • Bagus untuk wanita hamil/bersalin

Tidak dinafikan, ramai berpendapat mengamalkan makanan sunnah adalah yang terbaik ketika hamil. Kuasa ajaib kurma ini serba sedikit banyak menolong seorang ibu hamil dalam menjalani kehidupan sehariannya. Boleh dikatakan kurma ini makanan paling super power dalam memberikan tenaga kepada ibu hamil. Bahkan ia juga memudahkan wanita untuk melahirkan dan akan mengurangkan pendarahan. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan lebih cerdas dan mempunyai keperibadian yang baik-baik. 

  • Penawar racun

Diriwayatkan Saidatina Aisyah R.A berkata,

“Jika sesiapa yang mengamalkan kurma akan terhindari daripada terkena racun yang dimakannya.” 

  • Kaya dengan serat dan potassium 

Tahu tak bahawa buah kurma itu harus dimakan bersama kulitnya? Ini kerana pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah yang kaya dengan serat sama ada serat yang boleh larut ataupun tidak. Kita sering saja menganggap bahawa buah lain seperti pisang mengandungi serat yang tinggi. Jika anda hendak tahu, 100g kurma mengandungi 8g serat berbanding dengan  100g pisang yang hanya mengandungi 2.6g serat sahaja!

Selain daripada itu, kurma tinggi dengan kandungan potassium yang bertindak sebagai elektrolit yang akan menyimbang kembali kandungan air dalam badan kita apabila kita kehilangannya. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara saraf. 

  • Mengatasi masalah seksual 

Dengan kandungan estradiol dan flavonoid pada sebiji kurma boleh menyelesaikan masalah seksual, terutama bagi kaum lelaki. Ia dikatakan boleh membantu perbanyakkan jumlah dan kualiti sperma mereka. 

  • Antivirus, antibakteria, dan antikulat

Pengambilan secara berterusan dikatakan boleh membantu mencegah jangkitan dalam badan manusia. Kajian mendapati kurma mempunya sifat anti bakteria, antikukat yang bertindak menghalang segala jenis pertumbuhan mikroorganisma dan penyakit yang berkaitan dengannya seperti bisul, jerawat atau penyakit kulit yang mudah berjangkit. 

Kesimpulannya, jelas sekali bahawa sebiji kurma mengandungi pelbagai khasiat, serat, dan vitamin yang berpontensi membantu tubuh badan berfungsi dengan lebih baik. Sekaligus membantu mencegah dan menghalang segala jenis penyakit yang ada. Seeoloknya adalah pengambilan buah kurma mengikut sunnah terutamanya dalam nombor ganjil seperti 1,3 atau 7. 


Aienienka adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Aienienka
Author: Aienienka

Menulis biar dari hati, agar menjadi inspirasi