Pengalaman HSG Kat KPJ Klang

Sampai waktunya period pun datang tepat pada waktunya. Saya terus menelefon KPJ Shah Alam untuk appointment HSG (hysterosalpingogram). Tapi harga terbaru untuk HSG tahun 2018 adalah RM560.00. Jadi saya cuba menelefon KPJ Klang pula. Harga RM402.80 je, murah sikit. Tapi doktor pula tidak pasti on duty masa itu lelaki atau perempuan. Cuba sahaja, yang penting kita sudah usaha untuk dapat doktor perempuan.

06/08/2018 (KPJ KLANG)
Kami sampai KPJ Klang pukul 9.00 pagi. Tapi appointment pukul 9.30 pagi. Selepas bagi IC untuk register, jururawat di kaunter suruh pergi sarapan dulu sebab doktor pukul 9.30 pagi baru datang. Kami pun makan sarapan dulu di cafe yang berada belakang lobi. Kami paling awal, orang pun belum ramai lagi sebab masih awal.

Selepas makan, saya cuba insert ubat tahan sakit yang Klinik Hamid Arshat bagi tu kat toilet, tapi tidak tahu caranya. Berapa kali insert masuk tapi masih keluar semula. Akhirnya saya buang je dalam tong sampah. Jururawat di kaunter pun ada beritahu tak perlu insert ubat apa-apa. Katanya tak sakit pun prosedur tersebut.

Pukul 9.30 pagi, nama saya pun dipanggil. Doktor lelaki yang on duty. Tersentap rasa, dah bayar mahal doktor lelaki pula. Namun, tidak mengapalah mungkin ada hikmahnya. Kita sudah usaha tapi Tuhan sudah takdirkan doktor lelaki juga yang akan buatkan prosedur tu.

Jururawat on duty baik sangat. Dia kata jangan risau, doktor ini sudah senior, tidak akan rasa sakit dan prosedur pun sekejap, 7 minit sahaja. Sebab kalau baca blog lain, ramai yang beritahu prosedur ambil masa selama 10-15 minit juga. 

Jadi saya lega sikit rasa dan fikir positif. Tidak mengapalah kita buat rawatan untuk mengetahui penyakit apa dan semoga Tuhan permudahkan. Tukar pakai baju x-ray dan baring atas katil x-ray yang dilapik dengan selimut tebal. Aircond pun tidak sejuk sangat jadi rileks je.

Lepas doktor perkenalkan diri, dia kata kita perlu bagi kerjasama. Badan perlu lembut, kalau tidak akan rasa sakit. Bila sudah bermula, tidak sakit rupanya dan cuma rasa terkejut masa alat mula-mula dimasukkan. Masa dia cucuk cecair dye tu pun tidak rasa sangat, macam mencucuk masa period yang halus sahaja. Tidak tahulah jika orang lain pula, sebab badan kita semua mungkin tidak sama kondisi. Sekejap sahaja sudah siap.

Doktor kata tiub saya okay dan tiada blockage. Selepas tukar baju dan pakai pad yang bawa dari rumah, tunggu semula di hadapan untuk ambil filem x-ray. Dalam 10 minit siap. MC tidak diberi kerana hanya prosedur kecil sahaja.

BAYARAN = RM402.80

06/08/2018 (KLINIK DR HAMID ARSHAT)
Selepas itu, kami bergegas pergi Klinik Hamid Arshat. Kalau boleh, hendak sampai sebelum waktu lunch. Jika tidak, nanti perlu menunggu sejam. Nasib baik sempat sampai awal dan review dengan doktor. Doktor pun kata tiub semua okay dan tiada blockage

Mengikut doktor, selepas prosedur HSG ini ialah waktu yang sesuai untuk bersama sebab uterus baru kene diflush dan dibuka laluan. Doktor suruh bersama dahulu secara natural, mana tahu ade rezeki.

Kalau period juga baru menelefon Klinik Hamid Arshat pada hari ke-3 kedatangan haid untuk set next appointment. Next cycle tu baru akan mula makan Clomid yang doktor bagi.

Ramai yang berjaya hamil lepas menjalani prosedur HSG, jadi jika ada yang masih belum buat, bolehlah try buat ye. Siapa tahu jika ada rezeki hamil next cycle.

Baby dust to you all! 

BAYARAN = RM45.00

💖 JUMLAH BAYARAN OGOS 2018 = RM447.80

NOTA : 
Bleeding sedikit sahaja. Saya pakai pantyliner. Ada dalam 3 small dot spotting macam tu, berwarna coklat. Sekali itu sahaja, Selepas tu tiada bleeding langsung. Perut pun tidak sakit seperti buat di tempat lain. Jadi saya suggest buat HSG di KPJ Klang untuk sesiapa yang takut sakit. 😉  


Shushi adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Shushe
Author: Shushe

Love yourself, first.