Pengalaman Janji Temu Pertama Kat Klinik Hamid Arshat

Sebelum ini, saya pernah dengar banyak orang menerima rawatan kesuburan di Klinik Hamid Arshat, termasuk kakak ipar saya. Tapi tak pernah terfikir nak buat di situ sebab ingatkan mahal. Satu hari itu, saya terbaca berita bahawa Mawar, bekas isteri kepada Fizzo disahkan hamil selepas buat rawatan kat situ. Oleh itu, saya pun Google tengok harga, oh ok la harganya seperti specialist center. Saya menelefon 2 kali sudah dapat hubungi. Jururawat hendak menetapkan janji temu dalam minggu yang sama juga, tapi saya minta tarikh yang lain sebab kena mohon cuti.

19/07/2018
Janji temu pertama saya adalah pada Julai 2018. Parkir basement hanya RM5 sekali masuk. Kalau nak parkir luar pun boleh, tapi kalau kena clamp jangan salahkan saya ye.

Klinik Dr. Hamid Arshat ini berada dalam Aster Hotel, boleh tengok papan tanda di luar hotel. Apabila sampai sana, saya dan suami terus berdaftar di bilik No.5 (Pendaftaran). Nanti dia tanya semua butiran kita. 

Selepas itu keluar dan tunggu nama dipanggil buat TVS (Trans Vagina Scan) untuk memeriksa sama ada ada telur atau tidak. Tidak pasti kalau yang tiada telur itu disebabkan apa-apa. Macam saya ok ada satu telur kiri dan kanan. Lepas scan, doktor kata saya ada fibroid 3cm tapi tak bahaya. Fuh lega dia cakap begitu. Namun, saya terlupa pula hendak tangkap gambar scan selepas bagi file kepada doktor, jadi tidak sempat tangkap gambar.

Kemudian sampai giliran suami untuk buat Sperm Count (Semen Activity). Klinik ada sediakan bilik treatment untuk keluarkan sperma, tapi jangan bersama suami at least 3 hari sebelum appointment ini. Alhmadulillah, suami semua ok. Doktor pun cadangkan kami tambah makanan seperti buah-buahan dan lain-lain.

Disebabkan lepas periksa doktor kata darah saya rendah, jadi bagikan saya Obimin untuk tambah darah, pil minyak ikan (baik sebab tinggi kandungan Omega untuk orang yang hendak hamil) dan ubat untuk makan lepas buat HSG nanti. 

Dapat referal letter untuk buat HSG di Klinik Daya di Bangunan DBKL. Caj berjumlah RM260 (untuk tahun 2018). Tapi selepas survey, saya cadang nak buat di KPJ Shah Alam sebab berdasarkan Google Maps, sana lebih dekat dengan rumah sebab saya duduk Klang. Walaupun mahal sikit tapi doktor perempuan, tak sanggup Klinik Daya adalah doctor lelaki. Boleh cuba menghubungi 2 atau 3 hospital yang mempunyai perkhidmatan HSG untuk membandingkan harga yang paling murah. Tidak salah kita usaha kalau ada pilihan untuk buat rawatan dengan doktor perempuan. 

Rawatan kami berakhir betul-betul sebelum waktu rehat iaitu pukul 1 petang. Maknanya kita perlu luangkan masa sekurang-kurang separuh hari di Klinik Hamid Arshad. Oleh itu, seeloknya ambil cuti separuh hari sebelah pagi sahaja. Di bahagian luar bangunan hotel ini ada kedai makan kecil. Jadi bolehlah makan tengahari di situ jika terpaksa menunggu giliran selepas waktu makan tengahari.

Seterusnya, perlu tunggu sama ada period atau tidak. Kena menghubungi Klinik Hamid Arshat sekiranya period pada bulan ini untuk memaklumkan hendak mengulas keputusan selepas buat HSG. Boleh juga menelefon tempat yang kita hendak buat HSG pada hari pertama period. Jadi usah mohon banyak cuti, tiada masalah untuk selesaikan 2 benda pada hari yang sama. 😉

Di bawah ini saya sertakan resit jumlah bayaran untuk prosedur pada hari ini:


Shushi adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Shushe
Author: Shushe

Love yourself, first.