Resepi Nasi Dagang Padu Yang Sedap (Lengkap Dengan Gulai Ikan Tongkol)

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Wah sedapnya menu kali ini. Resepi ini merupakan salah satu makanan yang terdapat di negeri Terengganu. Rasanya dah jadi menu sarapan pagi kan? Mesti ramai yang cari nasi dagang, gulai ikan tongkol di waktu sarapan. Kalau tak pekena sehari, confirm tak best!

Menarik kan? Bila kita dah bosan dengan menu nasi yang lain, apa kata kita cuba masak nasi dagang padu bersama gulai ikan tongkol? In syaa Allah, pasti terliur disaat musim pandemik. Daku sendiri pun dah jadikan nasi dagang padu bersama gulai ikan tongkol ini sebagai makanan kegemaran. Jom kita cuba resepi ini.

Sumber : Keluarga

Resepi Nasi Dagang Padu Yang Sedap Untuk Di Makan

Bahan – bahan untuk membuat nasi dagang yang padu :

Di bawah ini adalah senarai bahan masak yang diperlukan.

  • Beras jati 4 cawan (beras wangi atau beras nasi dagang)
  • Beras pulut 1 cawan (tapi kalau dah pakai beras wangi dan beras dagang, tak perlu tambah beras pulut dah)
  • Santan cair 3 cawan dengan campuran sedikit gula dan garam
  • Santan pelat 1-1 1/2 cawan dengan campuran sedikit garam
  • Halba 1 sudu besar
  • Bawang merah 2 ulas
  • Halia setengah inci

Cara – cara untuk membuat nasi dagang padu yang sedap (dikukus) :

Ikuti langkah – langkah di bawah dengan teratur.

  • Pertama sekali, satukan beras dengan beras pulut, kemudian, rendamkan 8 jam atau semalaman. Tapi kalau buat di siang hari, 2-3 jam sudah mencukupi.
  • Lepas dah rendam, kukus selama 20 minit.
  • Setelah 20 minit tersebut, kaut dan angkat semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan tuangkan separuh santan cair. Gaulkan bagi sekata.
  • Biarkan sekejap sampai santan meresap, lepas tu taungakn lebihan santan cair tadi sehingga habis. Biarkan sekejap sampai semua santan sudah meresap ke dalam nasi.
  • Kemudian, kukuskan lagi selama 20 minit.
  • Sambil kukus, hiriskan bawang dan juga halia halus-halus. Masukkan ke dalam nasi yang sedang dikukus beserta dengan halba sekali.
  • Angkat nasi untuk kali kedua, dan tuangkan dengan santan pekat, gaul sehingga rata. Santan pekat ni boleh tuangkan sedikit demi sedikit. Kalau nasi nampak sudah elok, tak perlu tambah santan lagi.
  • Dah siap dah nasi dagang padu yang sedap.


Jangan Lupa! Ini Resepi Gulai Ikan Tongkol Yang Mudah Untuk Di Masak

Bahan – bahan untuk membuat gulai ikan tongkol :

Sekarang dah boleh sediakn hidangan gulai tongkol, tetapi sebelum masak kuahnya, ikan tongkol perlu direbus dahulu. Kalau boleh, rebuskan bersama dengan bahan-bahannya agar rasa masam meresap ke dalam isi ikan.

Bahan-bahan utuk rebus ikan tongkol :

1 ekor Ikan tongkol atau ikan aya
3 keping asam keping
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara rebus ikan tongkol :

Mula-mula, bersihkan ikan dan potong mengikut saiz yang sesuai.
Kemudian, masukkan kedalam periuk bersama air, garam dan asam keping.
Untuk air rebusan, mestilah melebihi paras ikan.
Nyalakan api dan masak sampai air rebusan tinggal 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap. Ikan pun lebih pejal.

Sumber : Azhan.co

Bahan – bahan untuk kuah gulai ikan tongkol :

  • 7 biji bawang merah – dikisar
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 inci halia – dikisar
  • 1 inci lengkuas – dikisar
  • 1 inci kunyit hidup – dikisar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang (kalau tak ada, boleh juga guna rempah cap bunga ros)
  • 2/3 cawan santan pekat
  • 4 cawan air
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit belacan
  • Sedikit gula melaka
  • Garam secukupnya
  • Sedikit gula untuk seimbangkan rasa
  • 15 biji cili padi
  • Minyak
  • 1 batang kulit kayu manis – tumis
  • 5 kuntum bunga cengkih – tumis
  • 3 biji buah pelaga – tumis
  • 1 kuntum bunga lawang – tumis

Cara – cara penyediaan gulai ikan tongkol yang boleh dimakan bersama nasi dagang padu yang sedap :

Ikuti langkah – langkah di bawah dengan teratur.

1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis (kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga & bunga lawang) sehingga naik bau dan masukkan cili kisar dan goreng cili sehingga garing

2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Masak sampai sedikit kering dan masukkan rempah gulai.

3. Setelah itu, masukkan 1/2 cawan air dan teruskan masak sampai pecah minyak, dan masukkan lagi baki air. Biarkan sehingga mendidih.

4. Kemuadian, tuangkan santan dan kacau sebati. Renehkan kuah dalam keadaan mendidih sambil kacau. Masukkan juga air rebusan ikan, air asam jawa, belacan, gula melaka, garam dan juga gula. Kacau sebati.

5. Teruskan reneh kuah sampai menjadi pekat. Lepas tu masukkan ikan tongkol yang dah direbus. Sambung lagi renehkan kuah sampai pekat.

6. Kalau kuah terlalu pekat sangat tapi tak pecah minyak, boleh tambahkan air sedikit dan teruskan reneh sampai keluar minyak.

7. Akhir sekali, masukkan cili padi dan biarkan masak sekejap. Siap untuk dihidang!

Itulah dia bahan dan cara untuk membuat resepi nasi dagang padu bersama gulai ikan tongkol yang boleh kita cuba di rumah. Rasanya tak susah mana kan? In syaa Allah tak berpeluh muka ketika masak menu ni. Hanya perlu campur itu dan campur ini, taraaa dah siap dah menu nasi dagang padu bersama gulai ikan tongkol.

Bagi ibu ibu yang ada anak kecil, dah tak perlu pening – pening dah. Sebab menu ini tak ambil masa yang lama di dapur untuk membuatnya. Suami dan anak – anak pasti menyukainya dan menyayangi ibu ibu, jangan risau, nak pikat perut suami dan anak – anak, ha tak perlu dah nak cari resepi yang susah, resepi ini dah cukup membantu ibu – ibu untuk membuatnya. 

Selamat mencuba.

ombakgergigi adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

ombakbergigi
Author: ombakbergigi

Bukan rezekimu sempit, tetapi sedekahmu yang sedikit.