Rules of Being The Greatest Mom

Gelaran ibu, impian semua wanita di atas muka bumi ini. Lumrah alam apabila berkahwin sahaja, wanita atau isteri itu pasti mahukan benih suaminya menjadi zuriat dalam rahim untuk dikandungnya selama 9 bulan 10 hari. 


Gambar oleh Jonathan Borba di Pexels

Menjadi seorang ibu yang terbaik, bukan bererti kita perlu melupakan diri kita sebenarnya. Ramai wanita terutamanya apabila menjadi ibu mereka hilang keyakinan terhadap diri sendiri baik dari segi fizikal mahupun emosi. Apatah lagi apabila mereka tidak mendapat sokongan moral dan emosi daripada pasangan mereka. Tiada wanita mahukan yang terburuk berlaku pada anak yang mereka lahirkan itu sakit atau dianiayai oleh sesiapa pun. Namun, mereka sering kali terlupa kerana terlalu fokus pada tugasan lain bila terlalu penat, anak-anak menjadi mangsa keadaan yang semua ibu-ibu mahu elakkan. 

“There is no such thing as perfect parent, so just be a real one. Because kids don’t come with a handbook.” – Sue Atkins

Maka untuk mendidik anak-anak kita gembira dan hebat suatu hari nanti, segalanya bermula dengan seorang ibu yang hebat. Tahukah apa kunci untuk menjadi ibu yang hebat itu? 


Gambar oleh Alena Darmel di Pexels

  • Jaga hubungan antara Pencipta dan hamba.

Sebagai seorang yang beragama Islam, perkara pertama yang harus dititikberatkan dalam sesuatu perbuatan seharian kita adalah menjaga hubungan dengan Allah SWT. Kerana dariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Apapun yang ada bersama kita di dunia ini merupakan ujian dan nikmat yang harus kita syukuri dan terima dengan redha. Apabila kita memperbaiki setiap tindak tinduk kita disertakan bersamaNya, pasti dipermudahkan segala urusan seharian kita. 

  • Jaga  diri anda seperti mana anda menjaga keluarga anda.  

Love yourself before love others.” unknown

Pepatah ini sering kita jumpai. Bukan sahaja diaplikasikan untuk diri sendiri sahaja bahkan boleh digunapakai dalam keluarga kecil kita. Sebelum memahami diri anak-anak kita, seharusnya kita mengenali dan memahami diri kita sendiri terlebih dahulu. Apabila kita menjaga diri kita lebih dari segalanya, contohnya kesihatan kita, semestinya akan menjadi lebih baik apabila tunjang utama sesebuah keluarga itu sentiasa siap siaga dalam semua hal.


Gambar oleh RODNAE Production di Pexels

  • Tak mengapa mencuri masa untuk diri sendiri.

Me time’ masa untuk berseorang-seorang wanita bergelar ibu telah hilang. Tiada lagi masanya untuk bersendirian tanpa kehadiran makhluk kecil versi dirinya. Apa jua yang dilakukan oleh sang ibu, pasti ada anak-anaknya mengikuti dari belakang. Satu-satunya masa ibu bersendirian cuma di dalam bilik mandi dan tandas sahaja. Walaupun keduanya begitu sempit, tetap juga terasa luas oleh si ibu kerana dia boleh bertenang tanpa kehadiran si kecil. Sekaligus dengan peluang ini, si ibu mengambil kesempatan memanjakan diri. Ketika bila yang sesuai untuk gunakan peluang ini? Ketika si kecil sudah lena dibuai mimpi ataupun ketika segala keperluannya telah mencukupi. Adapun hal lain yang dijadikan hobi oleh si ibu harus bijak mencari ruang dan masa untuk tenangkan diri. Kerana setiap orang itu, ada pilihannya tersendiri untuk meluangkan masa untuk dirinya dan juga pasangannya.

  • Terima dengan hati terbuka bahawa tiada yang sempurna.

Setelah semuanya selesai, hati adalah raja ketenangan setiap insan. Apabila hati terbuka menerima segala ragam anak ini adalah sesi pembelajarannya menjadi seorang manusia hebat, dan sebagai seorang ibu, kita telah buat sebaik mungkin. Hal terakhir itu, menerima dengan redha dan tenang bahawa tiada apapun yang akan sempurna. Tetap akan ada flawnya. Jika boleh diperbaiki, baiki selagi mampu. Sekiranya tiba suatu hari kita burn out, tepuk bahu tanda anda telah melakukan sebaik mungkin. Apa yang kita ada pada hari ini, mungkin diingini oleh orang lain. Maka, akhir kalam, bersyukur dengan segala anugerah dan pinjaman yang Allah telah berikan kepada kita, sesungguhnya, nikmat mana lagi yang kita dustakan. 


Aienienka adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Aienienka
Author: Aienienka

A mother of three kids love to sharing everything that she knows.