Tak Banyak Masa Untuk Keluarga? Bisnes ke Laut!

Keluarga adalah institusi penting dalam kehidupan kita. Tanpa keluarga, kita tiada tempat untuk belaian kasih sayang dan tempat bergantung. Yang masih ada ibu bapa lagi, hargailah mereka dengan sepenuh kasih sayang dan masa.

Masa tidak boleh ditukar ganti. Selepas masa berlalu, tiada gunanya tangisan dan sesalan. Kebanyakan rakyat Malaysia atau kita sendiri sering menjadikan duit atau wang sebagai keperluan yang utama selain kasih sayang keluarga.

Ini akan menyebabkan kita terlalu mengejar untuk menjana wang sehinggakan sibuk dan tiada masa untuk bersama dengan keluarga. Keseimbangan kerja dan masa dengan keluarga amat penting. Ianya juga adalah punca rezeki yang besar untuk kita.

Perniagaan merupakan penting untuk aliran wang. Permulaan perniagaan akan menjejaskan masa kita kerana kerahan yang lebih pada awalnya. Di sini saya kongsikan bagaimana anda boleh uruskan masa perniagaan anda.

Mulakan Dengan Belajar Sistem

Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Sistem adalah bagus untuk membantu perniagaan. Sebagai contoh, sistem menjawab Whatsapp kepada pelanggan atau prospek anda sangat perlu. Mungkin pada awalnya tidak banyak pesanan atau tempahan dari perniagaan kita, akan tetapi persediaan awal adalah sangat penting.

Dengan ini, anda tidak perlu mengadap telefon untuk menjawab setiap masa. Masa yang terluang adalah sangat berharga untuk anda bersama dengan keluarga anda.

Jika Masih Tidak Sempat, Beri Penghargaan

Photo by RODNAE Productions from Pexels

Penghargaan kepada keluarga adalah terbaik sekiranya anda masih tiada masa untuk meluangkan masa bersama mereka. Pemula bisnis sangat susah untuk adakan masa, disebabkan itu beri penghargaan dalam bentuk hadiah adalah digalakkan.

Manusia adalah sangat unik, penghargaan antara satu sama lain boleh meningkatkan kebahagiaan terutamanya kepada anak-anak yang masih kecil. Hadiahkan mainan atau makanan kegemaran mereka yang tidak mudarat kepada perkembangan mereka.

Jadualkan Masa Yang Produktif

Photo by Javon Swaby from Pexels

Setiap pagi anda perlu bangun awal, seelok-eloknya selepas subuh. Menurut satu kajian, masa di pagi hari adalah lebih 2 jam berbanding waktu petang. Pagi juga adalah waktu untuk anda menguruskan segala hal perniagaan anda supaya tidak kelam kabut apabila berlaku tempahan atau pelanggan datang.

Cara ini memang susah pada awalnya, sekiranya anda tidak biasa bangun terlalu awal. Namun begitu, rezeki mengalir paling baik pada awal pagi. Seterusnya, otak kita lebih aktif dan percambahan idea akan berlaku di awal pagi.

Ambil Staf Sekiranya Perlu

Photo by Tim Douglas from Pexels

Bila masanya kita perlu ambil staf? Apabila jualan kita sudah boleh membayar gaji mereka ataupun sudah tidak tertangani melayan pelanggan. Pengambilan staf sangat membantu sekiranya mereka juga membantu sebagai satu pasukan.

Kajian hendaklah dibuat semasa menemu duga calon untuk perniagaan anda. Anda boleh mula dengan memberi latihan yang secukupnya dalam persediaan anda untuk melepaskan sepenuh tanggungjawab kepada mereka.

Masa adalah sesuatu yang sangat berharga. Kita juga pernah dengar, berlakunya kes penderaan dan juga pembunuhan di dalam kalangan keluarga itu sendiri. Kebanyakan punca dari kurangnya belaian kasih sayang dalam keluarga.

Sekiranya anda terlalu tertekan dengan masalah kewangan, seeloknya lepaskan semua masalah itu kepada pencipta. Minta doa dan pelbagai cara melalui agama masing-masing. Cara lain adalah mulakan dengan memberi sebahagian dari apa yang kita ada.

Pepatah Inggeris ada mengatakan “The More You Give, The More You Will Get”. Oleh itu, banyakkan memberi dalam institusi keluarga kita sendiri dan terdekat. Dengan ini, lebih banyak aliran rezeki kepada kita kerana alam ini adalah adil kepada orang yang memberi.


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Abdul Muhaimin
Author: Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing