TANDA TANDA AWAL KEHAMILAN YANG PERLU WANITA TAHU

Sumber : HelloDoctor

Soalan di atas sering ditanya oleh bakal ibu yang ingin menimang cahaya mata. Terdapat beberapa petunjuk fizikal atau tanda-tanda kehamilan yang boleh menentukan samada wanita itu bakal mengandung atau tidak. Tetapi, tanda awal kehamilan ini juga berbeza dan tidak sama, tidak kiralah kehamilan pertama, kedua mahupun seterusnya.

Ramai juga wanita yang tidak perasan tanda tanda mengandung yang sedang memberitahu diri sendiri sedang hamil pada awalnya terutama buat wanita yang baru berkahwin dan belum mempunyai pengalaman hamil. Mesti anda akan tertanya-tanya apa tanda hamil yang perlu tahu.

Bolehkah tanda hamil dikesan seminggu selepas bersama? Selalunya, tanda tanda hamil sebulan yang paling kerap disedari. Berikut adalah tanda tanda awal kehamilan yang memberikan petunjuk samada wanita itu hamil serta simptom-simptom mengandung.

#1 Tidak Datang Haid

Ada wanita akan terus berhenti darah haidnya ketika hamil. Ada juga wanita yang masih muncul sedikit darah tetapi hanyalah sekadar pendarahan ringan pada hari yang sepatutnya haid. Pendarahan ringan ini dikenali sebagai spotting, pendarahan ringan ini berlaku kerana telur yang telah disenyawakan melekat pada lapisan rahim.

#2 Kerap Kencing

Kerap kencing juga boleh dijadikan salah satu tanda awal kehamilan kerana saat sedang hamil, rahim yang sedang membesar akan menekan-nekan pundi kencing hingga kerap untuk membuang air kecil. Bukan sahaja rahim yang membesar tetapi aliran darah ekstra ke ginjal juga menyebabkan ginjal menghasilkan lebih banyak urine.

#3 Kerap Pening Kepala

Ketika awal kehamilan, sesetengah wanita hamil mungkin akan mengalami pening kepala malahan ada juga yang boleh menyebabkan pitam. Ini disebabkan oleh perubahan hormon atau tekanan yang rendah. Wanita hamil perlu makan lebih banyak dan kerap dalam masa satu hari bagi membendung masalah ini.

Sumber : theasianparent

#4 Mual dan Mengidam

Sudah menjadi sinonim mengidam sudah biasa bagi wanita yang hamil. Tanda ini juga salah satu tanda yang paling terkenal diantara tanda kehamilan yang lain. Beberapa wanita hamil bahkan mengidam makanan tertentu dan tidak tahan terhadap makanan yang biasanya disukai pada saat mereka hamil dan hal ini juga berkaitan dengan perubahan hormon.

Mual atau loya ini berlaku pada bila-bila masa sama ada pagi, petang, malam ataupun tengah malam. Selera makan juga akan menjadi semakin berkurangan. Wanita hamil perlu cuba untuk memakan makanan yang dapat menenangkan rasa mula dan enggan makan tersebut, seperti mangga muda, asam dan lain-lain.

#5 Warna Aerola Menjadi Gelap

Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.

#6 Kerap Sakit Belakang

Rasa sakit belakang ini terjadi kerana tubuh wanita hamil perlu membawa berat tambahan, jadi walaupun badan wanita hamil sihat, ia tidak menjadi tidak seimbang. Malah semasa trimester pertama, tahap hormon progesteron akan meningkat yang mana ia membantu melonggar dan mengedur ligamen. Sekaligus menyebabkan rasa sakit belakang.

#7 Perubahan Emosi Yang Ketara

Perubahan hormon ketika trimester pertama ini mampu mempengaruhi emosi dan mood wanita hamil. Ini disebabkan oleh perubahan neurotransmitter yang berlaku akibat perubahan hormon dalam tubuh badan wanita hamil. Hasilnya, wanita hamil atau pasangannya mungkin akan perasan bahawa emosi wanita hamil sedikit sensitif ketika tempoh ini.

#8 Cepat Berasa Letih, Mengantuk Dan Malas

Wanita yang sedang hamil lebih cenderung dengan berasa letih, mengantuk dan juga malas. Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat.  Keletihan adalah tanda-tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

Sumber : hellosehat.com

#9 Melakukan Ujian Kehamilan (Pregnancy Test)

Cara yang terbaik untuk mengenalpasti samaada anda hamil atau tidak, adalah dengan melakukan ujian kehamilan. Wanita hamil boleh mendapatkan pregnancy test ini di mana-mana farmasi yang terdekat. Setelah melakukan ujian kehamilan dan mendapat hasil yang positif, pastikan anda melakukan pemeriksaan doktor dengan kadar segera.

Wanita hamil mungkin akan mengalami kesemua tanda tanda kehamilan ini atau mungkin hanya mengalami beberapa tanda tanda kehamilan sahaja. Jika tanda tanda kehamilan ini menjadi satu kebimbangan kepada anda, berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat atau rawatan. Tanda tanda kehamilan ini juga hanyalah sekadar panduan semata. Bagi mendapatkan kepastian lebih lanjut, bolehlah berjumpa dengan doktor atau melakukan ultrasound.


Ombakbergigi adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

ombakbergigi
Author: ombakbergigi

Bukan rezekimu sempit, tetapi sedekahmu yang sedikit.