Tips Belanja ‘Fast Food’ Dengan Harga Tak Masuk Akal!

Malaysia adalah terkenal dengan keunikan makanan yang berasal dari pelbagai kaum. Kita juga antara negara yang menjadi tumpuan pelancong dunia bagi menilai dan merasai kepelbagaian masakan yang ada. Akan tetapi, sejak wabak Covid–19 melanda negara kita, sektor makanan dan minuman adalah terhad kepada pengunjung domestik sahaja. Ramai usahawan makanan yang gulung tikar dan berubah kepada cabang perniagaan lain.


Berlainan dengan restoran makanan segera yang mengamalkan konsep perniagaan francais, mereka boleh bertahan kerana masih mempunyai simpanan yang kukuh dan tahap kewangan yang stabil. Fakta juga mencatatkan rakyat Malaysia adalah antara rakyat yang paling ramai menikmati makanan di restoran ‘fast food’. Antara jenama yang paling disukai adalah McDonalds, KFC, Tealive, Chatime, Dominos Pizza, Texas Chicken, dan banyak lagi.


Zaman endemik Covid–19 ini banyak kita lihat promosi luar biasa dan harga runtuh yang mereka tawarkan untuk kita nikmati. Tetapi kita perlu rajin dan membuat kajian dahulu sebelum ke restoran mereka. Ada yang menawarkan diskaun jika membuat pesanan dalam talian. Di sini saya akan kongsikan beberapa tips dan jenis restoran yang kita mungkin boleh jimatkan poket kita.

DOMINO’S PIZZA

Photo by Polina Tankilevitch from Pexels

Makanan yang berasal dari Itali ini sangat terkenal di negara kita. Jika kita bertanya kepada 10 orang, 9 orang akan tahu tentang pizza. Industri makanan pizza telah membina fenomena sehingga francais besar seperti Domino’s Pizza yang berasal dari Amerika Syarikat ini mempunyai lebih 300 cawangan seluruh Malaysia.

Untuk mendapatkan promosi murah dan diskaun luar biasa, korang kena muat turun aplikasi Domino’s Pizza untuk membuat pesanan. Untuk promosi yang paling murah mereka tawarkan satu pizza saiz 6 inci hanya RM3.90 sahaja.

Tetapi terhad pada hari Selasa dan ‘self pickup’ sahaja. Harga asal adalah RM12. Jauh beza dan sangat berbaloi!

Sila pilih menu ‘Promos & Coupons’ kemudian cari baucer ‘Super Tuesday’. Kita akan dapat harga RM3.90 dan RM11 untuk pizza saiz kecil dan sederhana.

MCDONALD’S

Photo by Polina Tankilevitch from Pexels

Jenama ini sangat terkenal dengan burger yang menangkap kalbu dan menyelerakan. Sering kali menjadi igauan penggemar burger dan makanan segera. Teknik ini juga boleh kita gunakan untuk menjimatkan poket kita juga. Caranya mudah, kita muat turun aplikasi McDonald’s dan pilih ikon ‘Deals’. Promosi ini terhad 1 untuk 1 resit.

Contohnya, kalau korang beli dengan cara pandu lalu, korang kena lalu 2 kali untuk menebus lebih dari 1 promosi. Contoh promosi yang ada sekarang adalah 2 set Double Cheeseburger dengan tambahan 6 ketul nuget ayam pada harga RM26.99. Jika harga asalnya adalah RM33.30 dan kita dapat jimat lebih kurang RM6 dengan menggunakan tips ini. Selamat mencuba. 

BURGER KING

Photo by Daniel Reche from Pexels

Kalau McDonalds terkenal dengan burger, tidak kurang juga Burger King yang terkenal dengan saiz burger yang besar dan enak sesuai dengan nama jenama itu. Rangkaian restoran ini tidak banyak di Malaysia menjadikan ia ekslusif dan terhad. Bagi pendapat saya, saya lebih suka makanan dari Burger King kerana kualitinya lebih baik.

Tetapi mengikut citarasa dan tekak masing–masing untuk menilai. Untuk Burger King, kita boleh akses promosi di laman Facebook rasmi Burger King Malaysia. Kita boleh simpan gambar kupon mereka dan tunjuk di kaunter ketika membuat pesanan. Terdapat tawaran menarik sekarang ini seperti 3 burger Long Chicken hanya RM19.90 dan korang jimat RM7.10.

Selain itu, ada juga 3 burger Double Cheeseburger hanya RM24.90 dengan penjimatan sebanyak RM9.60. Kalau korang tak pernah rasa burger dari Burger King, korang wajib cuba. Memang takkan menyesal.

Selamat menjamu selera dan berjimat semua!


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Abdul Muhaimin
Author: Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing