Tips Membeli Barang Dekat Shopee Atau Lazada

Photo by Karolina Grabowska on Pexels

Lebih setahun setengah negara kita dilanda wabak Covid -19 dan sudah menjadi kebiasaan hidup di dalam norma baharu. Masa kini, kita diwajibkan untuk mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara yang sedang dijalankan oleh pihak kerajaan. Namun, ramai pihak yang mendapat keuntungan dan kerugian akibat wabak yang melanda ini.

Ada perniagaan yang terpaksa ditutup, kehilangan keluarga tercinta, kehilangan pekerjaan dan pelbagai lagi. Ada juga yang mendapat keuntungan dan peluang daripada keadaan ini. Norma baharu ini juga memaksa kita untuk mengubah cara kehidupan termasuklah cara perbelanjaan harian kita.

Perbelanjaan barangan runcit dan makanan dalam talian adalah talian hayat bagi pengguna mendapatkan keperluan harian ketika PKP yang lepas. Bukan sahaja itu, perbelanjaan lain juga majoritinya beralih kepada dalam talian dengan menggunakan aplikasi terkenal seperti Lazada dan Shopee.

Banyak pekedai dan perniagaan menggunakan aplikasi ini bagi memasarkan produk mereka bagi kelangsungan perniagaan akibat kedai fizikal mereka tidak dibenarkan beroperasi. Malah, hampir semua barangan keperluan boleh didapati dalam aplikasi tersebut.

Pengguna juga ramai mengambil peluang ini kerana banyak bantuan kerajaan yang disalurkan kepada rakyat untuk perbelanjaan dalam talian ini. Banyak diskaun, baucer, potongan harga yang luar biasa boleh didapati dalam aplikasi Shopee dan Lazada. Contohnya kerajaan memberi subsidi untuk caj pengeposan produk dan ini akan menjimatkan pengguna.

Di sini kita kongsikan beberapa tips membeli barang untuk memudahkan pengguna membeli dengan bijak dan tidak membazir dengan membayar harga yang tidak setimpal dengan produk yang dibeli.

1. KALAU KITA NAK BARANG CEPAT, JANGAN CARI PENJUAL LUAR NEGARA.

Photo by RODNAE Productions on Pexels

Dalam Shopee dan Lazada, terdapat berpuluh ribu penjual yang menjual produk mereka. Bukan dalam Malaysia sahaja ada, penjual dari Indonesia dan China pun ada juga. Kalau kita nak barang dalam masa terdekat, jangan gatal tangan pilih penjual dari China contohnya. Ini disebabkan penjual dari China akan mengambil masa sekurang-kurang dua minggu untuk sampai ke pelanggan. Kita pilih penjual dari dalam negara untuk menjimatkan masa dan dapat produk dengan cepat. Namun, harga akan ada sedikit berbeza sebab penjual dari China sememangnya harga paling rendah.

2. BELI BARANG YANG ADA REVIEW YANG BETUL

Photo by cottonbro on Pexels

Bila kita nak pilih barang, selalunya kita akan tengok dulu review produk yang ditinggalkan oleh pembeli sebelum ini. Tapi kita kena betul – sah tengok betul atau tidak review tersebut, sebagai contoh produk terjual 1.2k tapi review baru 10 – 50 review sahaja. Pastikan review tersebut mempunyai koleksi gambar dari pembeli dan bukan sahaja tulisan templat yang disediakan oleh Shopee atau Lazada.

3. UKUR DAHULU SAIZ BARANG YANG KITA NAK BELI

Selalunya bila kita membeli barang di kedai fizikal tiada masalah untuk kita tahu ukuran dan saiz produk yang kita nak beli. Antara cabaran utama membeli dalam talian ini adalah saiz dan ukuran produk. Ramai pengguna sudah terkena dengan helah penjual yang menangkap gambar produk menampakkan saiz dan rupa produk secara besar. Tips dia adalah kita kena pilih penjual yang kongsikan saiz ukuran sebenar produk. Contoh kita nak beli almari, jangan tengok kepada gambar penjual saja, kita harus ukur sendiri dari rumah mengikut saiz ukuran sebenar yang penjual kongsikan. Jika sesuai dengan kegunaan kita, barulah kita tambah ke troli belian dalam aplikasi.

Photo by cottonbro on Pexels

4. PILIH DENGAN TENANG, JANGAN TERBURU BURU

Photo by PhotoMIX Company on Pexels

Kadang – kadang kita terlepas pandang sebab kita nak membeli-belah dengan cepat. Kita terus Checkout dan buat pembayaran tanpa buat pilihan secara bijak. Saya juga pernah terkena membeli produk yang sama tetapi mempunyai harga yang berlainan dan jauh berbeza. Contohnya almari yang sama , jenama yang sama , saiz yang sama cuma penjual yang berbeza. Ada kalanya perbezaan harga boleh mencecah puluhan ringgit. Jika boleh jimat , kenapa kita hendak terburu-buru membeli. Oleh itu, beli dengan tenang dan jimat duit poket kita.

Kita kongsikan dahulu 4 tips utama bijak membeli dalam Shopee dan Lazada. Tulisan seterusnya kita akan kongsikan tips mendapatkan barang murah and berbaloi dalam talian. Semoga ilmu dan tips ini dapat memanfaatkan semua pengguna sebagai satu panduan membeli dalam talian. Selamat Berbelanja!


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Abdul Muhaimin
Author: Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing