Tips Penjagaan Kesihatan di Kala Pandemik

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Setelah 2 tahun kita menjalani tempoh berkurung dan tidak boleh merentas negeri, banyak yang alami stress dan ketakutan. Ada juga yang menentang habis-habisan cara perintah berkurung ini tidak mendatangkan apa-apa kesan untuk membendung wabak Covid-19 ini. Namun begitu, kita tidak perlu gusar kerana semuanya adalah tentang penjagaan diri yang maksimum boleh menjadi salah satu usaha untuk menghindari dari dijangkiti wabak ini. Namun begitu, ianya bergantung kepada kita untuk menjalani usaha yang berterusan untuk menjaga diri sendiri.

Kesihatan adalah aspek yang paling penting dalam kehidupan. Tanpa kesihatan yang baik, anda tidak boleh bekerja, memberi kasih sayang kepada keluarga, dan juga menikmati kehidupan yang lebih selesa. “Health is Wealth” adalah pepatah Inggeris yang sering kali kita dengar. Kekayaan yang sebenar adalah kaya dengan kesihatan yang baik. Tiada gunanya kita ada harta yang sekoyan, tetapi tidak dapat dinikmati kerana sakit terlantar. Pada masa wabak ini melanda, ramai yang mula memberi perhatian terhadap penjagaan kesihatan. Ini adalah kos yang rendah dan boleh manjauhi dari diri kita dimasukkan ke hospital yang lebih berisiko. Ini adalah tips penjagaan yang boleh anda amali: 

1. Amalkan pengambilan nutrisi yang sihat

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Untuk golongan muda, kesihatan di peringkat umur sepatutnya diberi lebih perhatian. Apa yang kita makan, adalah mencerminkan keadaan kesihatan kita. Amalkan pengambilan nutrisi yang sihat seperti vitamin, karbohidrat, dan protein. Semua nutrisi ini ada dalam makanan yang kurang popular di dalam Malaysia, antaranya buah-buahan sitrus, sayuran hijau, dan juga kekacang. Semua ini adalah sangat penting untuk membentuk imun badan yang boleh menepis segala virus dan penyakit.

2. Sentiasa berfikiran positif

Photo by Binti Malu from Pexels

Mungkin ianya sangat susah untuk diikuti memandangkan terlalu banyak unsur negatif di sekeliling. Ini kerana unsur negatif sangat senang untuk diperoleh, iaitu hanya dengan hujung jari, anda boleh membenarkan lebih banyak negatif ke dalam diri anda. Kita lihat masa kini zaman media sosial banyak memperlihatkan komen-komen dan ‘posting’ yang negatif di kala pandemik. Tidak atau terima segala ‘SOP’ yang telah digariskan, kita perlu menilai dengan lebih mendalam dalam melihat suasana yang riuh dalam media sosial. Tidak perlu salahkan sesiapa, tetapi uruskan media sosial kita dengan membaca perkara yang baik-baik sahaja.

3. Mulakan pengambilan makanan tambahan

Photo by Anna Shvets from Pexels

Makanan tambahan sangat berfaedah kepada golongan umur pertengahan. Ini kerana makanan yang kita ambil setiap hari, berkemungkinan lebih banyak tidak berkhasiat. Anda boleh mula dengan pengambilan tablet atau susu formula berkhasiat dalam pasaran. Pastikan semua produk kesihatan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan badan bertauliah kerana dikhuatiri mendatangkan mudarat kepada kesihatan kita. Boleh dapatkan maklumat lanjut terhadap kebanyakan jenama di pasaran, di pautan berikut:

IG: https://www.instagram.com/benefitwithmommydila/

FB: https://www.facebook.com/salehahmunawar

Twitter: https://twitter.com/kesihatantips?lang=en

Jikalau anda mempunyai kerisauan yang berpanjangan, janjilah mulakan amalan yang sihat seperti dikongsikan di atas. Kerisauan yang melampuan boleh menjejaskan kesihatan anda seharian. Keluarga Malaysia sentiasa melaksanakan pelbagai usaha untuk membendung penularan pandemik Covid-19 ini, dengan kerjasama daripada rakyat juga. Selain itu, tidak akan diputuskan rantaian melainkan kita terpaksa hidup bersama dengan virus durjana ini. Persediaan dan peralatan diperlukan sekiranya ada ahli keluarga atau diri sendiri terkena jangkitan wabak ini. Dalam perjuangan untuk membendung wabak ini, kita mesti sama-sama memiliki pemikiran yang sama untuk kita menang dalam perang yang tak tidak boleh dilihat ini.


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Abdul Muhaimin
Author: Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing