Tukar Kad Debit Maybank Secara Online


Sumber:- Maybank

Kad bank anda sudah ‘expired’? Kad bank anda rosak? Sudah semestinya tidak boleh digunakan lagi. Jangan risau-risau zaman sekarang urusan anda boleh diselesaikan hanya dihujung jari. Mudahnya! Tukar kad bank secara ‘online’ dan kad akan dihantar terus ke rumah anda. Tanpa perlu lagi beratur panjang untuk menunggu giliran. Nak tahu cara-caranya? Jom saya kongsikan.

Langkah 1:- Log Masuk Ke Akaun Maybank2u

Log masuk ke akaun Maybank2u anda. Isikan butiran yang diperlukan iaitu ‘username’ dan ‘password’.

Langkah 2:- Klik ‘Settings’


Setelah berjaya masuk ke akaun anda, klik gambar berbentuk bulat bahagian paling atas sebelah kanan. Kemudian klik ‘settings’.

Langkah 3:- Klik ‘Cards’


Dibahagian ‘settings’, klik pada ‘personal’. Setelah itu ‘drop down’ menu akan muncul. Klik terus pautan ‘cards’.

Langkah 4:- Klik Debit Kad – ‘Replace, Activate & Block’


Klik pautan ‘Debit Card – Replace, Activate & Block’. Kemudian klik pada tiga titik seperti dalam gambar.

Langkah 5:- Kemaskini Alamat Rumah

Masukkan maklumat untuk penghantaran kad debit anda. Pastikan alamat rumah anda betul. Periksa setiap butiran seperti nombor rumah, nama jalan & lain-lain lengkap. 

Langkah 6: Klik ‘Replace Card’ & TAC

Sebelum anda klik pada ‘replace card’, pastikan anda sudah tanda pada bahagian persetujuan kepada terma & syarat. Kemudian klik ‘replace card’. Seterusnya paparan ‘TAC’ akan muncul. Sila ‘request’ nombor ‘TAC’. Seterusnya masukkan nombor yang diberikan dan klik ‘confirm’. Paparan mesej akan muncul dibahagian bawah menandakan anda sudah berjaya untuk urusan penukaran kad. 

Langkah 7:- Terima Kad Baru & Aktifkan

Mudah bukan? Anda akan menerima  ‘replacement debit card’ Maybank dalam masa 9 hari waktu berkerja (dalam Malaysia) atau 30 hari waktu berkerja (luar Malaysia) daripada tarikh permohonan tukar kad di Maybank2u. Caj RM 12.00 akan dikenakan untuk setiap permohonan kad baru yang berjaya. Bayaran akan terus ditolak daripada akaun simpanan atau akaun semasa anda.

Setelah menerima kad debit baru anda, sila aktifkan kad tersebut dalam masa 90 hari melalui Maybank2u atau melalui mesin ATM. Saya kongsikan cara-caranya seperti dibawah:-

a) ATM Maybank

(i) Masukkan kad > Pilih bahasa > Masukkan nombor pin

(ii) Pilih lain-lain transaksi > Pilih lain-lain  perkhidmatan > Skrin seterusnya > Aktifkan kad

b) Maybank2u Online (https://www.maybank2u.com.my

(i) Log masuk ke laman web Maybank2u

(ii) Pergi ke ‘settings’ > Klik ‘Cards’ > Klik ‘Manage Debit Cards’ > Klik ‘Activate’

Masih tidak menerima kad Maybank baru anda? Jika tempoh masa yang diberikan telah berlalu dan anda masih belum menerima kad anda, sila hubungi talian perkhidmatan pelanggan Maybank iaitu 1-300-88-6688 (dalam Malaysia) and 603-7844 3696 (luar Malaysia).

Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, kebanyakan urusan perbankan mahupun urusan perbelanjaan dilakukan secara atas talian. Ini adalah untuk mengelakkan kesesakan dikawasan premis perniagaan. Adalah lebih baik memilih urusan atas talian dari bersesak-sesak untuk mengurangkan kebarangkalian jangkitan COVID-19. 

Kebanyakan transaksi tunai juga telah digantikan secara ‘cashless’ iaitu anda tidak perlu lagi membawa wang tunai untuk berbelanja dan hanya perlukan sekeping kad. Anda tidak perlu lagi beratur panjang untuk mengambil wang tunai atau membawa wang tunai yang banyak untuk sebarang transaksi. Semoga pada masa akan datang lebih banyak urusan perniagaan dilakukan secara ‘cashless’. 

Nota:-

Anda boleh mengetahui jenis-jenis kad Maybank (Debit & Credit) melalui pautan dibawah ini:-

https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/cards/debit_cards_listing.page


Nora Arashi adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Nora Arashi
Author: Nora Arashi

Hello! I’m Nora, a full-time blogger & social media professional.