5 Tips Bersalin Tanpa Jahitan, Amalkan Tips Ini!

Bila sudah hampir cukup bulan untuk melahirkan, mesti perkara yang ditakuti oleh ibu adalah koyakan semasa bersalin. Agak sukar dipercayai apabila ada segelintir wanita yang berjaya melahirkan bayi secara normal tanpa memerlukan jahitan. Jahitan bersalin atau secara medikalnya digelar sebagai episiotomi adalah potongan yang dibuat pada perineum (antara jalan lahir bayi dan anus). Potongan ini adalah bagi membantu melebarkan laluan kelahiran bayi dan mengelakkan koyakan yang serius.

Jadi, bagaimana cara untuk bersalin tanpa jahitan? Harap apa yang saya kongsikan ini membantu ibu hamil yang bakal nak bersalin nanti. Disini dikongsikan 5 tips bersalin tanpa jahitan, jom baca.

Sumber : pantangplus.com

#1 Kuasai teknik pernafasan dengan betul

Teknik pernafasan yang betul mampu melancarkan proses bersalin tanpa jahitan. Tarik nafas dalam kiraan 5, lepaskan dalam kiraan 8. Jangan biarkan tarikan nafas menjadi lepas panjang daripada hembusan. Dalam keadaan apa sekali pun, hembusan nafas sepatutnya lebih panjang daripada tarikan nafas. Teknik ini yang membantu ketika meneran nanti.

#2 Belajar cara meneran yang betul

Selain itu, belajar cara meneran yang betul adalah salah satu tips bersalin tanpa jahitan. Tips ini ramai yang keliru sebab banyak yang teran muka. Cara meneran ini yang penting kena belajar dan tahu bila masanya dah sampai rasa sakit nak meneran itu datang. Sebaiknya praktis dengan suami sebelum nak sampai hari bersalin. Andai kata kalau masa sakit nak meneran, kita pun jadi panik nak meneran. Sekurang-kurangnya, suami kita dapat membantu dan mengingatkan di bilik bersalin nanti.

Pentingnya proses meneran ini, kita kita kena pandai kawal pernafasan agar tenang dan tidak panik langsung. Kita juga kena pandai curi nafas dan pastikan kangkangkan kaki seluasnya. Rapatkan dagu ke dada dan mesti berkeadaan seperti udang yang membengkok. Punggung mesti rapat ke katil, kalau terangkat itu yang menyebabkan koyakan berlaku. Pegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat semasa meneran.

#3 Makan makanan yang berikan tenaga

Makanan yang berat seperti nasi dan lauk pauk perlu dielakkan semasa hampir waktu bersalin. Ini bagi mengelakkan ketidakhadaman dan loya ketika bersalin. Untuk bersalin tanpa jahitan, tenaga yang diperlukan masih boleh diperolehi melalui makanan ringkas, mudah hadam, penuh tenaga dan berkhasiat. Pilihan yang boleh dibawa ketika ditahan di wad hospital termasuklah buah-buahan seperti pisang, kurma, kismis dan epal. Pastikan perut tidak kosong, sebelum memasuki bilik bersalin.

#4 Senaman kagel

Senaman kagel ini merupakan senaman yang paling selamat untuk ibu mengandung dan mudah untuk dilakukan. Senaman ini juga turut membantu semasa proses bersalin dan memfokuskan pada bahagian peranakan wanita. Cara melakukan senaman kagel ini sangat mudah dan boleh dilakukan di mana sahaja, walaupun semasa menghadap komputer di pejabat.

Cara melakukan senaman kagel ini ialah :

  • Kemutkan otot pelvis (seperti menahan kencing)
  • Tahan selama 5 saat
  • Lepaskan secara perlahan-lahan dan rehat
  • Ulangi 25 kali setiap satu sesi. Lakukannya 2-3 kali sehari.

#5 Urutan perineum

Urutan perineum ini boleh dibuat apabila kandungan sudah mencecah 9 bulan. Urutan ini sangat baik untuk membesarkan bukaan laluan bayi. Cara ni ramai ibu-ibu tak berani nak buat sebab risau sakit dan takut terjadi sesuatu tetapi jangan risau. Urutan ini boleh dilakukan 2 kali seminggu dengan memasukkan 1/2 jari ke dalam vagina, kemudian tekankan ke arah perineum. Sebelum melakukan urutan prenieum ini, pastikan betul-betul study dengan ilmu yang kukuh.

Caranya ialah :

  • Cuci tangan dengan bersih, pastikan kuku pendek dan bersih.
  • Pilih posisi yang selesa samaada duduk atau baring.
  • Masukkan jari ke dalam vagina dan tekan sedikit di kawasan perineum.
  • Buat urutan dengan gerakan U pada sekitar dinding vagina.
  • Urut selama satu minit dan tambahkan masa sehingga 5 minit untuk sesi yang lain.

Di sini sahaja, perkongsian saya tentang 5 tips bersalin tanpa jahitan. Apa pun, proses bersalin amatlah menyakitkan. Namun, jika kita sudah bersedia fizikal, mental dan rohani, pastinya urusan bersalin ini akan berjalan dengan lancar. Bersalin tanpa jahitan adalah impian, namun jika ianya terkoyak sedikit, ia bukanlah suatu hukuman. Teruskan percaya bahawa rintangan hidup menjadikan lebih kuat dan hebat, kerana itu peluang membuktikan bahawa kita mampu melaluinya.


Ombakbergigi adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

ombakbergigi
Author: ombakbergigi

Bukan rezekimu sempit, tetapi sedekahmu yang sedikit.