Bantuan Khas Kerajaan (BKC, GKP, Jaringan Prihatin). Perlu ke ambil?

Photo by Branimir Balogović from Pexels

Di kala pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia, banyak industri kecil dan juga perniagaan berskala besar terkesan. Daripada Mac tahun 2020 sehingga kini, kita masih lagi terikat dengan norma baharu yang pastinya sangat membawa kesan kepada golongan tertentu. Jika dahulu kala, kadar perbelanjaan dalam negara dalam sesebuah keluarga yang biasa boleh menampung sehingga RM100 sebulan akibat daripada harga barangan yang sangat berpatutan. Namun begitu, jika anda sendiri merasai kesannya, pada tahun 2021, nilai RM100 ini boleh dikatakan tidak sampai satu troli penuh dengan barangan keperluan untuk keluarga. Dengan adanya pelbagai bantuan khas daripada pihak kerajaan seperti Bantuan Khas Covid19 (BKC), Geran Khas Prihatin (GKP) dan subsidi upah kepada pekerja, ini sebabnya anda perlukan bantuan ini:

1. Kesan yang mendalam kepada aliran tunai

Photo by Pixabay from Pexels

Kepada golongan B40 dan ke bawah, isu ini sangatlah penting. Ini kerana kebanyakan golongan ini berharap kepada gaji atau jualan harian perniagaan mereka. Ada juga segelintir keluarga yang sudah tidak mampu untuk bekerja akibat dari lumpuh ataupun sakit. Golongan ini sangat memerlukan bantuan, dan ada juga yang tidak mempunyai telefon pintar untuk mengemaskini butiran dalam portal BKC ataupun GKP. Pihak kerajaan boleh memperhalus semua golongan ini dengan melonggarkan syarat untuk butiran mereka, dan terus menyalurkan bantuan yang sepatutnya kepada golongan ini.

2. Harga barangan runcit yang meningkat

Photo by Shadman from Pexels

Cuba kita kenangkan kembali zaman kanak-kanak dahulu, dengan menemani ibu bapa untuk membeli barangan runcit di pasaraya terdekat di rumah kita. Ya! Pastinya kita sudah bersedia nak memilih semua gula-gula kegemaran kita di rak-rak pasaraya. Betul? Namun begitu, para ibu bapa sekarang ini tidak dapat lagi berbuat demikian kerana risikonya wabak yang melanda sekarang ini. Senarai yang dikirim pastinya membuatkan para bapa mengeluh kerana harga yang semakin melambung. Bayangkanlah harga ayam untuk sekilo telah meningkat sehingga RM8.00 untuk sekitar bandar Malaysia ini. Purata perbelanjaan isi rumah dengan 4 orang melonjak kepada RM4,000 sebulan menurut bancian tahun 2019

3. Mulakan norma baharu dengan kebangkitan

Photo by Monstera from Pexels

Ramai yang terkesan akibat daripada pandemik yang tidak berkesudahan ini. Untuk mencuba sesuatu yang baru memerlukan sokongan yang padu daripada sekeliling. Bantuan kewangan sudah semestinya adalah satu jalan yang terang untuk  menuju kebangkitan baru ini Sebagai contoh, golongan yang kerja di bawah gaji RM1,500 dalam kategori B40 layak menerima BKC sebagai tampungan untuk perbelanjaan harian. Perlunya golongan ini dengan kesedaran yang mereka perlu mengemaskini semua butiran melalui dalam talian sahaja

4. Penggunaan digital yang memerlukan modal

Photo by RODNAE Production from Pexels

Dengan adanya kelas dalam talian untuk golongan berkeluarga, banyak kelengkapan diperlukan untuk belajar dari rumah. Dengan adanya PdPR selamat tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini, ianya sangat sukar bagi isi rumah yang lebih daripada 4 orang. Bayangkan ada dua orang anak yang memerlukan peranti untuk kelas belajar dari rumah, mereka memerlukan peranti untuk masing-masing meneruskan pembelajaran. Dengan ini, ibu bapa terpaksa menggunakan telefon pintar mereka untuk anak-anak dapat belajar dengan sempurna. Namun, ada juga yang kurang kemampuan untuk melanggan internet yang terlampau tinggi penggunaannya. Dengan adanya Jaringan Prihatin dari pihak kerajaan, semuanya dapat dibantu dengan adanya subsidi sehingga RM300 untuk langganan internet dan juga telefon pintar. 

Pastikan anda semua mengemaskini butiran anda di dalam portal rasmi seperti berikut:

BKC – https://bkc.hasil.gov.my/ 

GKP – https://gkp.hasil.gov.my/

Jaringan Prihatin Maxis – https://www.maxis.com.my/en/campaigns/jaringan-prihatin

Jika tiada langgan internet untuk isikan butiran, sila dapatkan informasi di pusat komuniti kawasan kediaman anda. 


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Abdul Muhaimin
Author: Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing