Bila Dania dapat anugerah perak untuk Malaysia | The Queen’s Commonwealth Essay Competition

Mulanya terjumpa pertandingan esei ni masa Google. Sekarang ni dah la kurang ko-kurikulum kan? Jadinya saya encourage Dania masuk. Mulanya dia bising juga sebab ni esei kedua dia masuk selepas International Essay Contest for Young People oleh Goi Peace Foundation, Jepun. Tajuk untuk Esei yang ni “What is Life?”. Boleh tulis dalam Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris. Saya nampak apa yang Dania tulis untuk ni menggambarkan diri dia masa pandemik ni. Ok barulah tahu isi hatinya. Lebih kurang macam a bit stress tapi kena sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Dania ada mentioned hidup ni ada purpose jadi kita sendiri kena cari tujuan hidup tu. Kata Dania cikgu tuition biologi, Sir Iqbal Maths Clinic Plus yang bagi tahu. Setahu saya la cikgu2 Maths Clinic ni banyak bagi kata2 motivasi. Dania terinspirasi kata2 dari sini. Terima kasih Sir Iqbal dan MC Plus!. Ada lagi la yang Dania tulis sebab sekurang-kurangnya 700 patah perkataan untuk youth 15-25 tahun. Ayat Dania ummi pun sangka. Bagi saya sangat catchy dan menggambarkan dirinya secara jujur. Dari sini yang saya rasa kena gilap lagi esei Dania ni. Tapi ummi dah cakap ni last dah ni untuk esei Jepun ni. 😆

Lepas tu bila ternampak esei yang The Queen’s Commonwealth Essay Competition ni ummi rasa rugi pulak Dania tak join. Bising gak kan kena join tapi Dania buat juga. Dengan takde idea untuk esei kali ni. Dania mempertaruhkan esei bertajuk ‘The afterglow’ Senior Category No. 3 tu. Lebih kurang bagaimana dunia ni setelah Covid-19 berakhir 30 tahun yang lalu. Nak tak nak kena berfikiran luar kotak la kan. Kategori Dania kena tulis tak melebihi 1,500 patah perkataan tapi Dania tulis 1,012 patah perkataan. Tepat pada 27 Jun 2021, Dania hantar karya Dania setelah berapa kali baca berulang kali dengan nak dekat tarikh akhir hantar online iaitu pada 30 Jun 2021. 

Pemenang No. 1 dan No. 2 kategori Senior dan Junior akan dipanggil ke UK untuk menerima anugerah. Paling menarik akan diadakan di Buckingham Palace dengan kehadiran Ratu Elizabeth atau Camilla Parker Bowles, Duchess of Cornwall. Teruja kan?

Kalau perasankan gambar bawah ni…perempuan pakai baju putih lengan panjang, seluar warna mustard tu pakai hijab kan? Tema untuk esei The Queen’s tahun 2021 ialah “Community in the Commonwealth”. 

Credit : Royal Commonwealth Society
Credit : Royal Commonwealth Society

Saya dapat emel ni pada petang 30 September 2021. Bila baca tajuk eh ada perkataan Silver Award. Ok rupanya Dania dapat silver award untuk esei The Queen’s Commonwealth Essay Competition 2021. Sangat-sangat tak sangka sebab masa buat esei ni Dania ambil masa 2 hari. Kena buat 1,500 patah perkataan untuk senior category dan Dania takde idea…ummi terus mendapatkan Dania yang sibuk online tuition dan bagi tahu result sesambil ummi menangis sebab tak sangka. Pastu dia carry on dengan kelas. Ummi melayan hati dan perasaan. Haha. Sebenarnya ada cikgu Dania sampai telefon ummi nak bagi tahu perkembangan Dania dalam pelajaran kat sekolah. Cikgu tu kata Dania ni senyap kat kelas. Cikgu tu kata akan tengok2 kan Dania sebab katanya Dania ni ada potensi. Bagi ummi, bila tengok macam ni Dania ni dia akan luahkan pada penulisan. Dia tak reti nak luahkan depan2 tapi dulu masa interview dalam Bahasa Inggeries Dania nak masuk MRSM Igcse boleh je Dania menjawab soalan interviewer tu macam siapa yang mendorong Dania masuk MRSM…ada bela haiwan peliharaan tak?…Dania kata tak ada tapi ada beri makan kat kucing yang selalu datang kat rumah. Dia suka kucing tapi ummi tak galakkan bela kucing sebab takut kucing. Haha nampak sangat jujur kan? Bila jawapan dalam Bahasa Inggeries, Dania boleh buat ayat panjang2. Jadi saya rasa Dania minat subjek dalam Bahasa Inggeries ni. 

Bila Dania umur 3-6 Dania saya masukkan ke kelas Speech and Drama di Julia Gabriel, Bangsar (Psstttt time ni la saya kenal Aaron Aziz dan isterinya yang anak2 bersekolah tadika di sini). Kelas pertama Dania…Dania menangis2 cakap nak ummi…nak ummi…habis kacau kelas tu. Ummi memang tunggu kat luar kelas je. Kelas mengambil masa 1 jam. Bila macam tu, saya nampak teacher Elizabeth Lee peluk Dania dalam kelas sehinggalah Dania seronok nak masuk kelas Speech and Drama ni minggu selepas itu. Teacher Elizabeth (Lizzie) ada bagi tahu bila Teacher tunjuk model replika airplane…Dania respons cakap Kapal Terbang 😅. Ok…itu la perkataan Dania yang mula2. Selepas itu…Teacher Lizzie kata Dania dah mula jadi small teacher pulak dalam kelas. Dania cakap Please Keep Quiet bila kawan2 bising. 😆 Dan paling tak tahan Teacher Lizzie cakap Dania converse in dalam Bahasa Inggeries ada slang british. Tak tahu mana datangnya slang tu. Ummi rasa pengaruh siaran Astro Playhouse Disney. Siaran favourite Dania. Bila masuk pertandingan kanak-kanak, Dania ada menang CD pertamanya kartun Strawberry Shortcake. Since lepas tu ummi beli beberapa CD kartun Strawberry Shortcake. Kartun ni takde violence ya…takde benda mengarut macam kata-kata yang tidak sesuai sebab kanak-kanak baya ni cepat terpengaruh. Inilah permulaan pengenalan Dania dengan Bahasa Inggeris. Tidak mudah pada mulanya…

Ok…selain daripada pemenang No. 1 dan No. 2, esei akan diberikan award samada Gold, Silver atau Bronze juga Certificate of Participation untuk penyertaan yang layak. Kalau ada esei plagiat memang awal-awal kena reject. 

Nak kena print nanti sijil Dania ni. 

Sebelum ni saya takde la tahu sangat pasal sejarah The Queen’s Commonwealth Essay Competition ni. Masuk pun sebab nak menambahkan sijil at least sijil penyertaan. Rupanya salah satu pertandingan esei berprestij juga sebab telah diadakan semenjak tahun 1883. Hah berapa lama dah tu? Lebih 100 tahun kan? Malaysia pernah memenangi pada tahun 1989 melalui Mei Fong. Ayah beliau merupakan seorang yang sangat tradisional. Tidak bersetuju anak perempuannya belajar tinggi sehinggalah Mei Fong memenangi pertandingan ini pada tahun 1989. Dia membawa bapanya menemaninya ke UK untuk bertemu dengan Ratu Elizabeth. Inspiring kan? Akhirnya bapanya boleh berubah persepsi tentang pendidikan tinggi untuk anak perempuannya. Itulah power penulisan ini. Boleh mengubah seseorang!


Penyertaan kali ini telah menarik sebanyak 25,468 penyertaan dari negara Komanwel. Komanwel ni negara2 yang pernah dijajah oleh British la kan?
Pemenang Utama Kategori Senior : Kayla Bosire dari Kenya
Pemenang Kedua Kategori Senior : Aditi Nair dari India
Pemenang Utama Kategori Junior : Ethan Mufuma dari Uganda
Pemenang Kedua Kategori Junior : Raisa Gulati dari India


Pada hari yang sama jugak Dania dapat result Kangaroo Math Malaysia Competition. Dania dapat Certificate of Participation ajer. Jadilah dapat sijil kebangsaan. Keputusan ajer ni. Sijil online boleh download bermula 7 Oktober 2021 nanti.

Tunggu untuk Dania ambil exam Genius Cerebrum untuk Science Olympiad bulan Oktober 2021 ni. Sijil penyertaan dari Genius Cerebrum, Amerika. Last dah ni…ummi promise…😀 tengah tunggu juga keputusan esei daripada Goi Peace Foundation, Jepun yang kata akan diumumkan akhir bulan ini dan ada live dari Jepun juga esei Hari Pengguna yang entah bila nak tahu keputusannya sebab esei ni mulanya tahun lepas. Dania dah hantar esei dari tahun lepas tapi tarikh tutup pada tahun lepas tu dibawa pada tahun ni sehingga 30 September 2021. Bila pulak nak umumkan pemenang pulak kan? Baru je tutup. 😅 Kalau kita nampak potensi anak, kita gilap. Kadang kita tak tahu cabang mana yang anak kita tu ada potensi sehingga pada mulanya kena paksa sikit. 


Apa pun saya cuma nak tambah dalam resume Dania ajer. Moga perjalanan Dania ke menara gading selepas ini dipermudahkan…

XOXO,
Ezna


Ezna Ahmad Khalili adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Ezna Ahmad Khalili
Author: Ezna Ahmad Khalili

Seorang ibu dengan seorang anak yang suka menulis dan melihat dunia baru.