Intip Gaya Manis 9 Artis Wanita Tempatan Kini Sudah Berhijab

Hijab atau sinonim dengan penggunaan perkataan tudung bagi masyarakat Malaysia atau pakaian kepala bagi menutup rambut bagi kaum wanita Melayu adalah satu tradisi dan adat yang sangat lama dan tua dalam budaya Melayu. Bagi kehidupan beragama Islam pula, kewajiban berhijab juga telah dijelaskan dari ayat Al-Quran yang dipetik daripada Surah An-Nurr ayat 30-31 dan Al-Ahzab ayat 59.

Berhijab merupakan satu perhormatan yang tersendiri ke atas keperibadian pemakainya. Mengikut teori Plato ke arah keindahan fesyen hijab yang disokong oleh konsep beragama dan pembangunan dunia fesyen hijab di Malaysia. Memahami seni itu wujud berdasarkan 2 konsep, iaitu seni idea dan imitatif yang menunjuk kepada teknik yang terukur secara profesional iaitu adanya perubahan dan tranformasi.

Nah! Sejuk mata memandang gaya-gaya manis apabila 9 Artis Wanita Tempatan yang terdiri daripada: Anzalna Nasir, Nana Mahazan, Izara Aishah, Siti Elizad, Mas idayu, Betty Rahamad, Fieya Julia, Aprena Manrose, Vicha Saywho, mula berhijrah dengan mengenakan hijab dalam penampilan mereka.

1. Anzalna Nasir

Photo : Instagram @anzalnanasir

2. Nana Mahazan

Photo : Instagram @nanamahazan

3. Izara Aishah

Photo : Instagram @izzaraaishah

4. Siti Elizad

Photo : Instagram @elizadssharifuddin

5. Aprena Manrose

Photo : Instagram @mrsaprenamanrose

6. Mas Idayu

Photo : Instagram @masidayu1001

7. Fieya Julia

Photo : Instagram @fieyajulia

8. Betty Rahmad

Photo : Instagram @bettyrahmad

9. Vicha Saywho

Photo : Instagram @vicha_barbie

Firman Allah serta terjemahannya:
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (٣.)
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١)
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Maka, transformasi 9 artis wanita ini menggayakan hijab terlihat selesa mengikut selera gaya mereka masing-masing dan semestinya sangat bersesuaian dengan personaliti sebagai seorang artis. Apa sahaja gaya dan penampilan semestinya mendapat perhatian dan bakal menginspirasikan ramai orang untuk menggayakan hijab seperti mereka.

Meskipun penghijrahan ini masih baharu, namun ia adalah 1 perubahan yang amat membanggakan. Semoga perjalanan baharu mereka ini dipermudahkan olehNya. Sama-sama kita mendoakan. InsyaAllah.


Nabiha Mashut adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Nabiha Mashut
Author: Nabiha Mashut

Art, design and craft holic loves writing