Kos Perubatan Meningkat! Di Mana Salahnya?

Photo by Pixabay from Pexels

Adakah anda pun membaca dan merasai perkara yang sama? Jika ya, anda tidak keseorangan. Di sebalik tangisan dan kecewa dek penularan virus Covid-19 yang tidak kesudahan, semestinya anda juga takut akan kewangan anda yang makin merosot. Dahlah banyak kekangan untuk bertemu dengan yang tersayang, tambahan pula dengan ekonomi yang tidak menentu. Jika anda sedari, kesemua perbelanjaan kita semakin menaik walaupun pelbagai bantuan daripada kerajaan diberi. Dengan kemasukan wad hospital yang semakin meningkat, ada juga kalangan keluarga dan kawan-kawan kita yang dijangkiti virus durjana ini sedap berperang untuk nyawa mereka. Meskipun dilihat dari sudut positif, banyak kes sedang mengalami penurunan, namun kita kena sedar yang perbelanjaan selain daripada makanan dan minuman, perubatan adalah penting untuk kehidupan kita.

Perubatan dan Wang

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Jika dahulukala, perubatan ini adalah kebanyakan dari ubatan tradisional dan khidmat nasihat dari orang yang bertauliah. Permodenan telah membuatkan kesemua proses itu menjadi lebih senang. Orang yang bertauliah digelar sebagai doktor dan ubat-ubatan yang berbentuk cecair atau pil menjadi keperluan ketika ini. Namun begitu, semuanya memerlukan kos untuk mendapatkan kesemua khidmat ini. Sebagai contoh, anda mengalami demam selama 3 hari. Kerisauan akan terpancar dan anda mesti mahu ke klinik untuk dapatkan konsultansi dengan doktor. Di klinik kerajaan kadangkala kita perlu menunggu sehingga berjam-jam atas sebab ramai juga menunggu. Jadinya, terpaksalah pergi ke klinik swasta untuk dapatkan khidmat doktor. Kesemua bil anda sendiri yang tanggung kerana tiada lagi insurans yang akan membayar untuk klinik harian, kecuali anda di bawah seliaan badan swasta yang berkanun atau kerajaan.

Jadi, Wajib Kita Jaga Kesihatan

Photo by Miguel Á. Padriñán from Pexels

Kerana ada pepatah yang menyebut ‘Health is Wealth’ adalah benar sama sekali. Lagi-lagi sekiranya anda dilanda sakit akibat dari jangkitan wabak. Untuk mendapatkan rawatan yang terbaik, hospital swasta yang menjadi pilihan zaman sekarang. Menurut Persatuan Perubatan Malaysia, kos perubatan swasta untuk merawat pesakit Covid-19 ini telah menjangkau sehingga RM10,000 dan ke atas. Ini telah membebankan pihak hospital swasta kerana banyak pembayaran tidak dapat dibuat akibat dari kos yang terlalu tinggi. Kemungkinan ini tidak terkesan dengan hospital kerajaan kerana ianya ditanggung oleh kerajaan itu sendiri. Oleh itu, kita wajib menjaga kesihatan kita di tahap yang terbaik untuk masa sekarang. Sekiranya anda jatuh sakit, kebanyakan belanja akan terkesan dan banyak juga yang meminta derma untuk perubatan pada masa kini. Lihatlah di group komuniti sosial media yang banyak kita lihat terkesan akibat daripada kos perubatan.

Bukan Untuk Promosi, Tapi Anda Perlu Insurans

Photo by Keira Burton from Pexels

Insurans adalah keperluan pada masa kini. Ini kerana risiko untuk jatuh sakit sebagai pekerja biasa adalah sangat tinggi. Kita lihat banyak sektor perniagaan dapat dibuka. Namun, kebanyakan majikan tidak mengendahkan garis panduan dan kesihatan pekerja sebab pihak majikan juga tahu akan kos perubatan yang meningkat sekiranya ada pekerja mereka jatuh sakit. Perbelanjaan akan lebih kepada kesihatan berbanding dengan produktiviti dan jualan akan mendatangkan keuntungan. Walau bagaimanapun, keuntungan juga penting kerana ianya yang akan membayar kesemua gaji pekerja dan lain-lain.

Oleh itu, inilah masanya untuk kita sendiri menjaga diri kita dan keluarga. Dapatkan kad perubatan yang mengikut tangga gaji anda sendiri. Ianya dapat meringankan beban anda sekeluarga kerana semua kos perubatan ditanggung oleh syarikat insurans tersebut. Jadi, dapatkan kad insurans anda secepat mungkin kerana harganya akan menaik sejurus selepas umur anda meningkat.


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Abdul Muhaimin
Author: Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing