Mengapa Pemakanan Ibu Menyusu Mendedahkan Risiko Ekzema Pada Bayi?

World Health Organization (WHO) menyarankan agar bayi disusui (breastfeeding) secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskan penyusuan sehingga dua tahun disamping memperkenalkan kepada makanan pejal. Susu ibu sememangnya terbaik untuk bayi kerana ianya terkandung lemak, protin, dan nutrien lain yang seimbang yang amat penting untuk sistem imun bayi yang sedang membesar. Kajian mendapati, risiko bayi mendapat atopic dermatitis (ekzema) berkurang secara signifikan bagi bayi yang mendapatkan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan berbanding bayi yang tidak breastfeeding secara eksklusif. Diet ibu memainkan peranan penting dalam mendedahkan risiko ekzema pada bayi walaupun ianya bukan satu-satunya penyebab kepada masalah ini. Walau bagaimanapun, kajian di Jepun mendapati ekzema terjadi lebih ramai di kalangan bayi yang menyusu ibu berbanding bayi yang mendapat susu formula tetapi keputusan kajian tersebut tidak signifikan dengan ibu bapa yang tiada sejarah alergi.

Gambar oleh Cleyder Duque daripada Pexels

Risiko ekzema amat sinonim bagi ibu bapa yang mempunyai sejarah alergi, asthma dan juga ekzema. Oleh itu, bagi ibu menyusu yang mempunyai sejarah keluarga tersebut perlu mengelakkan daripada mengambil beberapa jenis makanan yang boleh meningkatkan komplikasi ekzema pada bayi. Jenis makanan utama yang perlu dielakkan bagi bayi yang mempunyai tinggi risiko mendapat ekzema adalah kumpulan kekacang. Doktor juga menyarankan untuk tidak mengambil beberapa jenis makanan yang kebiasaannya menjadi punca kepada alergi iaitu susu lembu, telur atau produk yang terhasil darinya, ikan dan juga makanan laut yang bercengkerang.

Ekzema biasanya mudah dirawat dengan cara terapi topikal dan juga mengelakkan perkara yang menyebabkan kesan alergi pada bayi termasuklah dari segi pemakanan dan juga pendedahan persekitaran (seperti bulu binatang peliharaan atau habuk). Persoalannya, bagaimanakah ibu menyusu boleh mengesan jenis makanan apa yang menjadi penyebab ekzema kepada bayi? Tempoh mengesan alergi ini mengambil masa yang panjang dan meletihkan pada ibu tetapi amat berguna untuk mengenal pasti jenis makanan yang memberi kesan alergi pada anak.

Gambar oleh Andrea Piacquadio daripada Pexels
  1. Cara pertama adalah dengan mengamalkan kaedah ‘eat clean selama dua minggu terutamanya mengelakkan semua jenis makanan yang berkemungkinan memberi kesan alergi seperti yang dinyatakan pada perenggan sebelumnya.

    Secara ringkasnya, ‘eat clean‘ bermaksud mengambil makanan yang tidak melalui proses yang panjang (minimally processed) seperti makanan ringan (fast food), sosej, daging burger, makanan sedia dimakan, makanan dalam tin, serta makanan yang sudah diubah melalui cara penyejukan, pasteur, penapaian, dan sebagainya. Setelah itu, ibu boleh mula mengambil jenis makanan yang menyebabkan alergi satu per satu untuk mengesan alergi pada bayi dan mengamalkannya selama empat hingga lima hari. Penting untuk ibu mengesan sebarang perubahan pada anak apabila makanan tersebut diambil sama ada berlaku tanda inflamasi pada kulit, kelainan pada najis bayi dari segi tekstur dan warna serta sama ada berlaku masalah kembung perut (angin) atau tidak pada bayi.
  2. Cara yang lain adalah dengan cara Total Elimination Diet‘ (TED). TED adalah cara yang hampir sama seperti di atas tapi sedikit berbeza dari segi kaedah mengesan alergi pada bayi.

    Pada permulaan diet, ibu perlu menyelidik sedikit sejarah diet selama dua minggu hingga sebulan yang lalu untuk melihat pola pemakanan dan tabiat pemakanan ibu. Ambil perhatian sekiranya terdapat jenis kumpulan makanan yang berisiko memberi kesan alergi yang sedang diambil oleh ibu. Seterusnya, mulakan dengan mengelakkan satu per satu kumpulan makanan ini. Sebagai contoh, ibu hentikan pengambilan telur atau sebarang makanan yang mengandungi telur selama beberapa hari dan pantau sekiranya masalah ekzema berkurang atau pun tidak. Jika ekzema semakin berkurangan dan kondisi kulit bayi semakin membaik, ianya menunjukkan tanda bahawa jenis makanan yang dibuang dari diet ibu adalah makanan yang menyebabkan kesan alergi pada bayi.

Harus diingatkan bahawa jenis makanan yang menyebabkan alergi adalah sangat pelbagai dan boleh jadi makanan yang kebiasaannya tidak memberi kesan alergi pada individu lain, tetapi bayi anda memberi reaksi alahan pada makanan tersebut. Imuniti tubuh badan manusia adalah berbeza bagi setiap individu apabila memberi reaksi kepada sesetengah makanan. Oleh itu, amat penting juga bagi ibu bapa untuk merujuk masalah ekzema anak kepada doktor pakar supaya ianya boleh dirawat dengan betul.


Maryam Azalan adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Maryam Azalan
Author: Maryam Azalan

BSc Food Nutrition, MSc Immunology. PhD student in Biomedicine Pharmacology