Perkara Yang Perlu Tahu Jika Anda Memilih Penyusuan Ibu


Gambar oleh Dipu Shahin DS di Pexels.

Bila anak aku dah lahir nanti aku nak susukan dia la...Senang tak payah nak bazir beli susu mahal.”

Begitu dialog kebiasaan para ibu yang berazam untuk memberikan susu terbaik pada anaknya kelak. Tidak dinafikan, kebaikan susu ibu sangat maksimum kesannya pada si bayi. Bahkan dalam Islam mewajibkan ibu-ibu agar menyusukan bayi mereka dalam kadar 2 tahun seperti yang tertulis dalam surah Al-Baqarah ayat 233 yang maksudnya:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu–” 

Kajian saintifik juga mengatakan bahawa susu ibu sangat membantu tumbesaran bayi di awal usianya. Menurut Ruth A Lawrence, bayi yang menyusu dengan susu ibunya kurang mendapat penyakit seperti radang paru-paru, selsema dan jangkitan virus. Sekaligus ia merupakan vaksin terbaik untuk si kecil. Selain daripada memberi kebaikan pada bayi, penyusuan ibu boleh merapatkan hubungan ibu dan anak dengan lebih akrab lagi. Melalui sesi penyusuan ini banyak membantu tubuh badan ibu pulih daripada luka selepas bersalin dengan lebih pantas dan menurunkan berat badan si ibu. Sekaligus ia merupakan susu mesra bajet. 

Setelah mengetahui kebaikan dan khasiat susu ibu ini sangat penting untuk bayi, harusnya para ibu bersedia mental dan fizikal serta emosi dalam mengharungi perjalanan penyusuan ibu. Ini disebabkan ramai yang berputus asa separuh perjalanan kerana tidak menemukan metod sesuai untuk sesi penyusuan mereka. 

  1. Perlu ada ilmu. 

Setiap perjalanan kita, apa jua yang hendak kita lakukan perlu ada ilmu. Begitu juga dengan sesi penyusuan ibu ini juga. Ibu-ibu harus faham bagaimana proses penghasilan susu daripada payudara itu kemudiannya disalurkan kepada si bayi. Walaupun, hakikatnya sistem tubuh badan manusia tidak sama pada setiap orang, prosesnya tetap akan serupa tidak kira cepat atau lambat. Ada sesetengah ibu, seawal 7 bulan kandungan berusaha untuk mengeluarkan susu padahal hal ini tidak perlu dirisaukan kerana proses penghasilan susu ibu itu akan bermula selepas mendapat ransangan ketika bayi mula menyedutnya. 

  1. Ibu harus sentiasa berfikiran positif. 

Setelah mempunyai serba sedikit ilmu dalam penyusuan ibu ini, langkah seterusnya adalah ibu harus berfikiran positif walaupun pada hari pertama bayi lahir, susu badan masih tiada lagi. Apabila berdepan dengan situasi ini, kebanyakan ibu-ibu akan mula berasa down dan berputus asa. Setelah beberapa hari bersalin disusuli dengan bengkak susu. Hal ini kadang-kadang boleh membuatkan ibu demam kerana bengkak tersebut. Bagaimana hendak selesaikannya? Caranya adalah tuam dengan air panas atau suam dan kemudian perlahan-lahan membuat urutan di sekitar payudara untuk melancarkan saluran. Masyarakat Melayu kita pasti akan menyarankan agar si ibu berurut dengan bidan. Perlu diingatkan ketika bengkak susu ini, para ibu jangan lupa untuk sentiasa memberi susu kepada bayi dengan lekapan yang betul. Baru la penyusuan ibu ini akan berjalan dengan lancar. 

  1. Fahami konsep permintaan dan bekalan susu. 

Konsep ini amat penting dalam penyusuan ibu. Kerana dengan memahami konsep ini, proses penghasilan susu ibu itu tidak akan pernah berhenti selagi dia mendapat ransangan daripada si kecil. Ransangan daripada sedutan bayi amat membantu tubuh badan kita merembeskan hormon  prolaktin dan menghantar semula ke payudara dan kemudiannya menjadi susu ibu. Tanpa ransangan si kecil, amat mustahil tubuh badan kita hendak memahami signal itu walaupun dengan bantuan alat pengepam susu semata. Contoh mudah ibarat sebuah kilang penghasilan patung beruang. Bagaimana patung beruang itu harus dihasilkan sekiranya permintaannya tidak lagi banyak?

  1. Mengenal pasti bagaimana untuk perbanyakkan susu badan. 

Apabila sudah faham tentang proses penghasilan dan ransangan daripada si kecil tadi, tidak semestinya susu ibu terhasil semata dengan ransangan sahaja. Bahkan ada kesan biologi lain yang boleh membantu memperbanyakkan susu ibu dengan makanan ataupun minuman yang diambil oleh ibu tadi. Jika masyarakat kita dihidangkan dengan ribuan supplement milk booster, sebaiknya ibu mengenal pasti daripada makanan sebenar. Ada juga kaedah yang mudah tanpa milk booster ini di antaranya memberi susu kepada bayi sekerap yang mungkin. Paling optimum sekitar 8-12 kali dalam sehari. Jika si kecil tidak minum, susu boleh dipamkan bagi mengelakkan bengkak susu terjadi lagi. Adalah lebih baik jika bayi menyusu kedua belah payudara untuk memberikan kesan yang terbaik. Walaupun tiada mana-mana kajian saintifik mengatakan makanan boleh menjadi pengalak untuk susu banyak. 

  1. Sokongan daripada keluarga terutamanya suami. 

Ini adalah bahagian yang sangat penting sekali yang sering dilupakan oleh kaum bapa terutamanya apabila menganggap penyusuan ibu ini sekadar untuk menjimatkan perbelanjaan keluarga semata. Hal ini sering membuatkan para ibu keletihan seorang diri dan tanpa sokongan moral daripada suami. Sangat menyedihkan apabila keluarga juga turut serta dalam menidakkan penyusuan ibu ini sangat bagus untuk anak-anak terutamanya ketika anak menghadapi jaundis selepas beberapa hari kelahiran. Pada ketika itu, seteruk mana pun jaundis si kecil, susu ibu adalah yang paling terbaik dalam merawat penyakit tersebut diiringi bantuan tradisional yang lain tanpa diapakan kepada bayi. 


Gambar oleh Jonatan Borba di Pexels

Perjalanan penyusuan ibu ini adalah satu nikmat dalam sengsara istilahnya kerana ianya sangat indah di sebalik semua perit jerih yang dihadapi oleh para ibu. Kelihatan mudah pada luarannya, akan tetapi menghasilkan hormon prolaktin dengan lebih kerap itu memerlukan lebih banyak tenaga dalam tubuh seorang wanita. 

Perkara paling penting dalam penyusuan ibu ini adalah pemikiran positif si ibu serta sokongan moral daripada suami. Apabila ibu yang sentiasa dalam keadaan baik dan gembira lebih menghasilkan hormon dan sekaligus memperbanyakkan penghasilan susu ibu tadi. 


Aienienka adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Aienienka
Author: Aienienka

A mother of three kids love to sharing everything that she knows.