Sebab Utama Kenapa Anda Perlu Menonton Siri Modern Love

Jika anda seorang peminat antalogi cerita pendek dan kaki drama, siri Modern Love ini mungkin sesuai untuk anda kerana ianya tidak terlalu meleret dan mudah diikuti bagi setiap episod. Kali pertama yang membuat saya tertarik untuk menonton cerita ini adalah ketika saya melihat klip pendek bagi episod pertama yang dilakonkan oleh Cristin Milioti. Pelakon yang memegang watak Tracy McConnell iaitu isteri kepada Ted Mosby didalam siri How I Met Your Mother. Selepas itu terus saya melanggan Amazon Prime semata-mata untuk menonton siri ini.

Inspirasi awal penerbitan siri ini dipetik dari satu ruangan Style yang diterbit secara mingguan di akhbar The New York Times dengan nama yang sama iaitu Modern Love. Ia mula diudarakan pada bulan Oktober 2019 dan baru sahaja menamatkan Musim Kedua pada bulan Ogos lalu. Walaupun tajuknya Cinta Moden, tetapi ada beberapa episod yang mempunya ciri cinta klasik seperti kisah percintaan antara Kenji dan Margot di dalam episod 8 siri pertama bertajuk “The Race Grows Sweeter Near Its Final Lap”.

Apa yang menarik mengenai siri ini adalah, ianya membuatkan kita percaya pada kewujudan cinta yang sebenar. Berlatar belakangkan kehidupan watak yang realistik dan dekat dengan penonton, ia lebih mudah untuk difahami dan membuatkan kita tidak berhenti tersengih sendirian. Tetapi, tidak kesemua episod yang membawa perasaan yang sama. Ada yang gembira, ada yang sedih dan ada jua yang tidak diduga seperti episod “Take Me as I Am, Whoever I Am”.

Jika anda masih belum menonton siri ini, berikut adalah 5 sebab kukuh kenapa anda perlu menonton Modern Love.

1. Episod yang pendek

Setiap episod bagi siri ini hanya memakan masa sekitar 29 ke 35 minit sahaja. Satu musim pula hanya mempunya 8 episod. Anda boleh menamatkan tontonan anda kurang daripada tiga hari jika ditonton tanpa henti.

2. Boleh menonton tanpa turutan episod

Paling menarik apablia menonton antalogi siri ini adalah, anda boleh skip episod tanpa sebarang kerisauan yang anda akan ketinggalan maklumat dari episod sebelumnya. Setiap episod membawa cerita yang berbeza dan karakter yang berlainan.

3. Barisan pelakon yang hebat

sumber gambar diambil dari https://wallpapercave.com/modern-love-wallpapers

Bahagian paling menarik apabila anda didedahkan dengan barisan pelakon yang hebat seperti pelakon Anne Hathaway, Dev Patel, Ed Sheeran, Sofia Boutella, Cristin Milioti, John Gallagher Jr. dan ramai lagi.

4. Kisah cinta yang dekat dengan realiti

Walaupun kedengaran agak cliche, tetapi kisah cinta beginilah yang membuatkan kita tersengih sendiri seperti episod “When Cupid Is a Prying Journalist” dan “A Life Plan for Two, Followed by One”.

Jatuh hati dengan kawan baik sendiri, kehilangan orang tersayang, dan kisah perceraian yang bertemu dengan cinta baru, kesemua cerita ini kerap berlaku di sekitar kita dan membuatkan kita faham dengan situasi serta perasaan yang dialami.

5. Cerita yang menenangkan jiwa

Tidak dinafikan lagi siri ini membawa satu rasa tenang ditambah pula dengan latar muzik country dan oldies. Cerita ringan yang boleh ditonton pada hari yang damai tanpa sebarang tekanan. Seperti menonton rancangan di Hallmark Channel pada waktu petang ketika hujung minggu.

Selain daripada itu, siri ini juga banyak memberi pesanan tentang kehidupan dan perhubungan.

“I lost sight of the fact that, in a relationship, you choose to be with someone who is inherently living in their own reality.”

— Jordan, Modern Love, Season 2: The Night Girl Finds a Day Boy

“And house make me feel claustrophobic. I think they’re a trap we build for ourselves, like cars and smartphones. Things we think make us smarter but actually make us more dumb.”

— Karla, Modern Love, Season 1: Hers Was a World of One

Dan banyak lagi kata-kata yang boleh dipetik daripada siri ini yang boleh mengubah persepsi kita terhadap kehidupan. Anda bukan sahaja menonton sekadar untuk bersantai dan mengisi masa lapang, tetapi anda juga boleh belajar untuk memahami manusia dan cinta dari sudut pandang yang berbeza. Mungkin hasil menonton cerita ini juga dapat membuka peluang untuk anda percaya kepada cinta semula. Siapa tahu?

Jadi, luangkan hari anda dan selamat menonton!


Sofie Adie adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Sofie Adie
Author: Sofie Adie

An enthusiast of the digital world.